Friday, August 22, 2008

Turun Harga Minyak 15 sen, Kebetulan Lagi?












The government announces that price of RON97 petrol will go down by 15 sen from RM2.70 to RM2.55 per litre at the pumps beginning midnight, a reduction of 5.6 percent.

Setelah terbaca statement ni dalam malaysiakini yang bertajuk ‘Gov't slashes petrol price by 15 sen’. Mula-mula rasa gembira, diterjah lagi dengan perasaan teruja beberapa orang housemate aku yang sedikit gembira dengan berita ini. Aku turut gembira sebab menghabiskan minyak motor RM5 untuk dua hari dari rumah sewa ke UIA agak membebankan bagi bukan pemegang biasiswa JPA seperti aku. Mungkin esok paling kurang sampai 3 hari jika tidak keluar ke Bandar Kuantan.

Bila fikir panjang, jadi meluat pulak. Tak habis-habis lagi ke boneka ‘kebetulan’ BN yang sah dibuat-buat sempena pilihanraya Permatang Pauh???

Semenjak di istiharkan PRK P44 Permatang Pauh, banyak perkara yang dikatakan secara 'Kebetulan' berlaku. Awalnya dakwaan liwat oleh Saiful Bukhari. Kemudian timbul pula isu sumpah si Sayfool, “Secara kebetulan saja. Kalau nak ikutkan, saya pun tak tahu Anwar akan bertanding. Saya buat laporan pada 28 Jun lalu. Saya pun tak tahu bila dia akan bertanding". Itu kata Sayfool selepas beliau melafazkan sumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan.

Lepas tu pula Akta DNA .“Kalaupun DNA menjadi satu isu dalam kes berkenaan, itu satu kebetulan,” katanya kepada pemberita. Begitu petikan kata-kata Pak Lah ketika mengulas isu Akta DNA di Parlimen.

Katanya, memang dah lama nak bawa ke Dewan Rakyat. Kebetulan saja masanya bertembung dengan isu liwat dan PRK Permatang Pauh.














Dua tiga hari lepas, heboh pasal Ramlang Porigi, dimana secara kebetulan Imam Muda yang memiliki keahlian UMNO dan kebetulan pula menjadi salah seorang pengundi di Parlimen Permatang Pauh menjadi saksi semasa sumpah mubahalah si Saiful.

Lepas tu pula pasal peruntukan RM 1.2 juta untuk sekolah cina kebetulan juga di Permatang Pauh dan paling hot dan terbaru ialah dakwaan terhadap dua Exco negeri Perak di tuduh menerima rasuah yang 'kebetulan' ialah dari PKR.

Huh, banyak betul kebetulan yang berlaku. Lepas ni berapa banyak pula kebetulan yang akan berlaku. Harap-harap lepas ni tak berlaku kemalangan yang 'kebetulan' melibatkan DS Anwar.

Semua petugas dan penyokong PR harus berwaspada dan sentiasa bersedia menghadapi 'kebetulan-kebetulan' yang 'kebetulan' dirancang oleh musuh-musuh untuk menghancurkan PR. 'Kebetulan-kebetulan' ini hanyalah helah BN untuk cuba melemahkan semangat petugas-petugas PR dan mengalih sokongan pengundi kepada mereka dengan harapan mereka akan memenangi PRK ini secara 'KEBETULAN'.

No comments:

Photobucket

Search In The Quran

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code/td>
Powered by www.SearchTruth.com