Saturday, August 23, 2008

Kuburkan AUKU

Buletin utama jam8 25 Mac yang lalu di TV3 telah mengemuka kan topik : AUKU wajarkah di mansuhkan! setuju atau tidak? untuk dipilih oleh penontonnya. Akhir sesi buletin, seperti biasa di siar kan keputusan undian atau pilihan penonton dan JELAS apa yang muktamad ialah tertera keputusannya: 91% SETUJU AUKU di MANSUH kan !

Kelahiran Akta universiti dan kolej universiti (AUKU) pada tahun 1971 dan diperketatkan lagi dengan pindaan pada tahun 1975 dikatakan berpunca dari kebimbangan pihak berkuasa terhadap kegiatan mahasiswa terkeluar dari garis-garis dan landasan yang dikehendaki oleh pemerintah yakni kerajaan.
Perkembangan-perkembangan yang berlaku sebelum akta tersebut diadakan pada tahun 1971 jelas menunjukkan pemerintah mulai merasa bimbang terhaap tindak-tanduk sesetengah pihak yang ingin menjaikan kampus universiti mengikut cita-cita perjuangan politik mereka. Malah setelah akta dilaksanakan pada ahun 1971 pun, kegiatan mahasiswa masih sperti biasa dan kadangkalanya semkain hebat.

Saya sejak awal lagi telah menegaskan pendirian saya bahawa auku amat wajar di mansuhkan justeru ia bagaikan penjara besi yang memagari mahasiswa selama ini. anta sedar atau tidak...
Auku telah membendung jiwa besar mahasiswa
Auku telah meluntur semangat waja mahasiswa
Auku telah memenjarakan bakat tinggi masiswa
Auku telah memandulkan daya intelektual mahasiswa
Auku menjadi igauan ngeri sejak sekian lama kepada mahasiswa apabila mereka tidak lagi gah setara potensi ilmu yang dimiliki. Kita hanya mampu berlegar di dalam kepungan empat penjuru tembok besar pagar universiti. Angkara auku, suara mahasiswa tidak lagi bergema dalam rintihan rakyat tertindas untuk membela nasib mereka. Malah kami juga turut tertindas dengan pelbagai konspirasi kerajaan dan kuasa universiti. Ilmu, daya fikir, semangat dan keperibadian yang kita bina di puncak menara gading tidak lagi mewakili masyarakat untuk diperjuang hak dan dipertahankan maruah mereka.

Auku menyaksikan lahirnya mahasiswa yang lemah segala saraf kepekaan mereka terhadap isu yang menimpa rakyat dan negara. Bisu dan kelu terhadap kerakusan golongan mustakbirin menindas mustadhafin. Mengangguk dan mengiyakan segala penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan amanah sang penguasa. Tidak hairan apabila negara ketandusan pemimpin bertaraf nasional dan berwibawa pada hari ini untuk diketengah gunakan untuk menerajui kepimpinan negara.

Bagaimana dengan kita dan hari akan datang ?

1 comment:

nurilahi said...

Kebanyakan mahasiswa, lebih memikirkan hiburan berbanding agama, politik dan sebagainya..

Kita nantikan generasi muda yang seimbang dunia akhirat. Dan ia bermula dengan kita..!

Search In The Quran

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code/td>
Powered by www.SearchTruth.com