Wednesday, September 10, 2008

Kalau Esok Malaikat Maut Menjemput Ku






Baru semalam aku buat dosa itu, bulan lepas pun aku dah buat, tahun lepas pun dah rasai dosa itu, dulu-dulu pun juga pernah melakukan dosa itu. Bila nak habis?

Selepas beratus kali mengulang dosa yang sama, apa yang aku boleh buat depan Allah kalau esok aku mati? Dia dah mati, mereka dah mati..3 hari lepas junior ku mati…esok mungkin aku mati..siapa tahu..

Apa alasan aku bila tengah mengadap Tuhan esok? Esok semestinya mulutku diikat, tetapi segala anggota tubuh lain akan bercakap. Tanganku ada banyak bukti aku buat dosa itu..kakiku..kakiku lagi tahu, dia yang bawa aku berjalan..mulutku, mataku, hidungku. Semuanya akan jadi saksi terhormat. Saksi yang pura-pura diam hari ini, esok dia akan memakan diriku.

Hari ini aku berduka. Aku berduka kenapa aku buat dosa itu. Kenapa dosa itu harus diberikan kepadaku. Aku takut nak berjumpa dengan Tuhanku esok. Bagaimana Dia akan pandang aku. Aku yakin, kalau esok aku mati, aku akan dihina oleh sekalian makhluk disebabkan dosaku.

Hari ini aku bertaubat, airmata ku bercucuran atas tikar sejadah. Esok, aku nak jumpa Tuhanku dalam keadaan aku dihormati. Esok aku nak bersemadi dalam syurga.

Ya Allah, ampunkan dosa-dosaku. Aku dah puas melakukan dosa itu tetapi aku tak mampu nak melawan nafsu gila ku. Kalau aku hidup lagi esok, tolonglah kawal nafsuku. Engkau maha Berkuasa. Berkuasa ke atas segalanya. Aku tahu, Engkau nak aku dekat Dengan-Mu, tapi janganlah melalui perbuatan dosa itu ke atas ku.

Keinsafan ini timbul bila aku terima satu SMs dari sahabatku awal pagi, sedang aku tak dapat tidur kenang dosa itu.

“banyak mata yang terjaga, banyak pula yang tertidur lelap, memikirkan persoalan yang sudah & akan terjadi..tinggalkanlah rasa duka semampumu kerana memikul beban duka boleh membuat mu gila..kelmarin Tuhan telah menolongmu..percayalah bahawa esok pun dia masih akan tetap menolongmu-wasiat Imam Syafie.

Moga kita semua bersedia untuk mati esok..

2.25am Indera Mahkota, Kuantan

No comments:

Search In The Quran

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code/td>
Powered by www.SearchTruth.com