Thursday, September 18, 2008



Segala ujian yang menimpa, segala kesengsaraan yang dirasa, segala penderitaan yang ditanggung, segala mehnah yang dilempar, segala kebencian yang dicipta, segala kesombongan yang ditonjol...


jadikanlah semua ini sebagai penguat imanku dan penghapus dosaku. jangan jadikan semua ini pelemah semangatku. aku akan bangkit walau apa yang terpancul di depan mataku. ya Allah, tak terkata sakit hati ini menanggung semua jenis rasa hati manusia terhadapku..kadang kala longlai pedih hati ini mengenang kenapa semua ini ditimpakan kepadaku. hancur luluh tubuhku memikirkan nasibku yang 'cacat' di mata manusia. yang hodoh di minda insan yang bernyawa.



aku sedar, ini bukanlah ujian sebenar yang Engkau janjikan untuk ku. aku belum lagi ditimpakan batu besar menghempap tubuhku seperti ditimpa ke atas Bilal. aku belum lagi disula dengan besi panas menghacurkan keseluruhan ususku. aku belum lagi dikerat anggota dengan gergaji besi.


aku tidak pernah memohon semua itu berlaku ke atasku. tapi sekurang-kurangnya semangat para mujahid dulu berjuang menentang umat kafirin hadir dalam jiwaku. aku akan tabah. aku akan kuat. aku akan bertenaga bila segala permasalahan ini terpalit ke atas diriku. aku tak mahu sanjungan orang. aku tak mahu pujian orang, aku tak inginkan simpati orang. aku hanya mahu rahmat dan rahim-Mu saja Ya Allah. aku nak kasih sayangMu. aku menagih belaian simpati-Mu. aku dahagakan urut pesona prihatin-Mu.



Ya Allah, jangan tinggalkan aku bersendirian tanpa petunjuk dan pedoman-Mu. jangan tinggalkan para sahabatku terumbang ambing mencari jalan penyelesaian sebuah permasalahan kehidupan. aku sedar, aku yakin, dia ingin mengubah diriku. aku sedar, dia ingin aku kekal dalam tarbiyah Rahman dan Rahim-Mu.


Sekadar isi hati. tulisan ini tidak sesekali ditujukan kepada sesiapa. aku sekadar ingin meluahkan isi hati depan Tuhan. hampir-hampir aku menderhakai Tuhanku menghadapi masalah ini. namun, baru sahaja kesedaran timbul yang Rahmat dan Rahim-Mu cukup luas tafsirannya.

Ud'u ila sabiili rabbik..
Rabbana zolamna anfusana waillam taghfirlana wa tarhamna lanaku nanna minal khosirin

2 comments:

Unknown said...

segala ujian itu ada maknanya, Allah tidak akan menguji hambanya klu hambanya tidak mampu untuk memikulnya..Allah bersama para pejuang agama Allah..insyaAllah..teruskan istiqamah dalam gerak kerja dakwah...

As said...

chayyok!

setiap yang terjadi adalah untuk kita muhasabah diri..

Photobucket

Search In The Quran

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code/td>
Powered by www.SearchTruth.com