Friday, August 22, 2008

Dimana Ruh Ukhwah?




Islam merupakan pusat kepada sebahagian prinsip amali, juga merupakan cara-cara yang positif untuk melengkapkan kasih sayang dan untuk menunjangkan ruh ukhwah, sekiranya mereka yang berukhwah kerana Allah berpegang dengan Islam dan beramal dengan tuntutan-tuntutan Islam, sudah pasti bertambah kukuhlah ukhwah mereka hari demi hari.

Nah! Khusus untuk pembaca camarhijau sekalian, beberapa cara paling jelas untuk mendalami ruh ukhwah:


1) Apabila seseorang lelaki mencintai saudaranya maka hendaklah dia memberitahu bahawa dia mencintainya. Berdasarkan riwayat Abu Daud dan Tirmizi, Nabi s.a.w. bersabda mafhumnya: “Apabila seseorang lelaki mengasihi saudaranya maka hendaklah ia memberitahu kepadanya bahawa dia mengasihinya”. Diriwayatkan oleh Abu Daud dengan beberapa sanad yang sahih daripada Anas r.a. bahawa seseorang lelaki berada di sisi Nabi s.a.w., tiba-tiba seorang lelaki melintas di hadapannya, maka dia memberitahu Rasulullah, “aku amat menyayangi lelaki itu”. Maka baginda bertanya,”Adakah kamu beritahu kepadanya?”, jawabnya, “tidak”, lantas kata baginda, “beritahulah kepadanya.



2) Bila hendak berjauhan (berpisah) dengan saudaranya, maka mohonlah supaya dia berdoa untuknya. Diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Sahihnya, bahawa Nabi s.a.w. bersabda, mafhumnya :”Setiap muslim yang berdoa untuk saudaranya yang berjauhan, seorang malaikat akan berkata: “Kepadamu juga sama doa itu”.

3) Hendaklah bersegera berjabat tangan bila bertemu saudara dengan saudara. Nabi bersabda;”Setiap dua muslim yang bertemu lalu berjabat tangan pasti diampunkan kepada keduanya sebelum mereka berpisah”.

4) Hendaklah banyak menziarahi dari masa ke semasa. Hadis Qudsi:”Kasihku ditentukan kepada orang-orang yang berkasih sayang keranaKu, orang-orang yang saling duduk berbincang keranaKu dan orang-orang yang saling memberi keranaKu”.

5) Hendaklah mengucap tahniah kepada saudaranya di tempat yang munasabah. Hadis Nabi s.a.w.:”sesiapa yang bersua dengan saudaranya yang senang hati kerana mendapat apa yang disukainya, hendaklah memberi tahniah kepadanya, dengan itu Allah member kesukaan kepadanya di hari qiamat”.



6) Hendaklah memberi hadiah bila keadaanya sesuai. Hadis Nabi s.a.w.:”hendaklah kamu memberi hadiah, sesungguhnya hadiah-hadiah itu boleh mewarisi kasih sayang, menghilangkan dengki dan iri hati.




Sumber: Ukhwah Islamiyyah (Abdullah Nasih 'Ulwan, Dewan Pustaka Fajar)

Saturday, August 2, 2008

AUKU : Pelajar dibenar berpolitik

Penuntut Institusi Pengajian Tinggi akan dibenarkan mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan ahli politik termasuk dari pembangkang apabila Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) selesai dipinda dan diluluskan, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata pertemuan dan perbincangan bleh dilakukan menerusi seminar, ceramah atau forum berbentuk ilmiah.

"Saya tidak fikir mana-mana parti politik akan menggunakan cara berucap dan berkempen politik jalanan apabila masuk kampus kerana mereka yang ada di sini (universiti) adalah orang yang berpengetahuan, ada ilmu dan mereka akan buat ukuran," katanya dalam laporan Bernama.

Bercakap dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan Tahunan Pemimpin Mahasiswa Malaysia di ibunegara hari ini, Mohamed Khaled bagaimanapun menegaskan bahawa penuntut universiti tidak dibenarkan untuk menyertai parti politik.

Ditanya sama ada ia juga tertakluk kepada individu yang telah melibatkan diri dalam politik dan kemudian menyambung pelajaran di universiti, Mohamed Khaled berkata perkara itu hanya perlu dimaklumkan kepada naib canselor sesebuah universiti.

"Contohnya seperti saya yang seorang menteri yang juga ahli parti, tidak perlulah saya kena berhenti dari parti untuk sambung belajar.
Saya hanya perlu maklum dan beritahu pada naib canselor sahaja," katanya.

Persidangan dua hari itu yang dihadiri hampir 700 pelajar Malaysia di luar negara membincangkan tentang perpaduan nasional, kesaksamaan gender, korporat Malaysia, politik, ekonomi dan isu sosial.

Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin, Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Phua dan Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad turut diundang untuk membincangkan isu berkaitan pemberian susbsidi oleh kerajaan kepada rakyat.

http://www.malaysiakini.com/news/87177

Friday, August 1, 2008

tinta pejuang



Aku dalam pertempuran pengakhiran
Kiri dan kananku sayap seperjuangan
Benteng sumpah yang digenggam bersama
Tiada bahtera untuk berundur dari mundur

Saudaraku bermandi keringat berperisai kudrat
Dalam percikan darah, mereka mengerah
Udara keras berdebu menyapa wajah yang lesu
Bertahun dalam pertempuran seakan tiada pengakhiran

Akan tetapi kami yakin ianya pemangkin
Bila kota itu ditakhluk dan syura dibentuk
Baru kami tenang bukan dalam kesenangan
Berarak menuju al-Quds mengepalai rindu

Panji digenggam dan tunggangan mendekam
Dalam pegangan ianya bercorengan
Darah beradik, saudara silih tercarik
Syahid mereka tersenyum bahagia

Aku cemburu mereka diangkat dahulu
Dijunjung jadi tetamu pada bidadari ayu
Bumi lahad adalah taman bermalam
Baju lusuh menjadi teman dalam qiam

Panglima mengatur dalam strategi
Kurang sengketa tingkatkan prestasi
Tembok timur matlamat kami
Mudah ditembusi jika disepakati

Hari ini hari akhir seorang pejuang
Sungguh wahai saudara lihatlah diriku
Dalam kesamaran darah mengalir
Dari tubuhku tempat azam membenih

Teruskan saudara, teruskan berdagang
Dengan kematian menjadi matawang
Rupawan syahid dicanai membentuk lambang
Berdaganglah, sampai ku beli “Syair Dari Pejuang”

Monday, July 28, 2008

Kami Memprotes 'PROTES'

Hari ini(6 Julai) kami memang bersemangat. Pukul 3 pagi sudah bangun untuk ke KL. Sasarannya nak jumpa ‘pak cik-pak cik kami’ yang bersedia dengan senjata pertahanan dan gas pemedih mata. Tak sabar rasanya nak bagi salam kepada mereka. Perjalanan kami dari Kuantan ke Stadium MPPJ hari itu memakan masa lebih kurang 3 jam. Konvoi dengan sebuah Produa Kancil, Myvi, Vios, dan 5 buah motor cukup menyeronokkan. Apatah lagi, misi kami untuk berjumpa ‘pak-cik-pak cik’ yang dirindui. Setelah bersarapan dan menuruni kereta di rumah salah seorang kawan di Wangsa Maju kami meneruskan perjalanan dengan menaiki LRT. Khabarnya jalan nanti akan sesak. Selepas LRT, kami menukar pula kepada bas, kerana untuk ke sana, LRT tak lalu. Jam lebih kurang pukul 10 pagi, sampai di pintu gerbang Stadium Melawati, rasa gembira sebab ini destinasi kami. Seronok la.









pintu gerbang utama stadium



Kami tercari-cari jugak, mana FRU, pak cik-pak cik pak turut BN? Eh, takde ke diorang ni? Semua tertanya-tanya. Oh, ini protes, bukannya demontrasi. Ada suara-suara memujuk. Patah hati kami untuk nak cari pengalaman ‘kena gas pemedih mata’ hehe. Masuk ke dalam stadium, ramai jugak budak-budak U lain datang. Bersemangat betul diorang ni, ada yang bawa banner sendiri. ‘mahasiswa utara menentang kenaikan harga minyak’, gitulah bunyinya.. Tapi mana budak UIA Gombak? Kalau diorang ada, boleh bertemu mesra, berbual senda. Peliknya, semua kawan-kawan aku takde. Aku sms Zaki, teman lama Gombak. “kami dapat arahan untuk g protes lepas Zohor”. Inilah bunyi reply sms zaki. Aku mula rasa curiga, ada apa-apa yang tak kena ke dengan protes ni? Kalau tak, kenapa mereka ni diberi arahan?? Dalam masa yang sama, kami dihidangkan dengan ucapan pemimpin-pemimpin politik PR diselang selikan dengan nyanyian kump. rock alternatif. Aku buat biasa je, buat donno walaupun ada persembahan guna alat muzik pelik-pelik. Aku pun tak faham apa yang diorang sebut, speaker utama agak jauh dari tempat kami berkumpul. Aku ralit tengok pengunjung-pengunjung yang pakai kemeja protes warna merah, cantik jugak..


Ramai yang bersorak terhibur dengan lirik lagu penyanyi-penyanyi itu mengutuk kerajaan. Aku ambil keputusan untuk keluar, cari kawan-kawan lama kot-kot jumpa. Ramai jugak datang. Dari DQ, dari Kelantan pun ada. Pukul 3 petang, kami dah tak larat lagi nak tunggu sampai malam. Dengar kata, malam nanti ada ceramah Anwar Ibrahim. Tak pe lah, lagipun keesokan paginya, dah start sesi kuliyyah sem baru. Sebaik sahaja Dato’ Seri Khalid Ibrahim sampai di atas pentas, kami meninggalkan Stadium Melawati dengan sedikit rasa hampa. Datang jauh-jauh, tapi tak berbaloi..daloam perjalanan keluar, jumpalah beberapa susuk tubuh sahabat-sahabat dari Gombak. Memang mereka dah tahu apa yang akan berlaku sepanjang protes. Kami pun dah tak terdaya nak layan mereka, letih, lapar. Kami terus je ke masjid untuk solat asar.
Sesudah ambil wudhuk, aku sempat berborak dengan seorang senior UIA Gombak, dia kata protes ni kena protes. Apa kes? Berlaku sedikit kepincangan di peringkat urusetia program. Tak pe la. Sabar je.

Selepas solat asar, dengar pulak suara-suara yang cakap, sekejap tadi ada konsert tunjuk punggung. Masya Allah apa dah berlaku ni? Pelik betul program ni. Dah la tak organized. Ada ke patut, nak kumpulkan rakyat sejuta orang tapi tak ada specific time. Sape yang nak tunggu dari pagi sampai tengah malam..upah rm10 sorang pun tak sanggup..
Apa-apa pun kami meneruskan perjalanan pulang. Dengan menaiki bas Rapid KL, bas terus meluncur laju menuju ke stesan LRT Subang Jaya. Akhirnya kami sampai di rumah kawan untuk mendapatkan balik kereta yang ditinggal di situ.
Seterusnya ke mana? Ke mana lagi kalau bukan ke UIA Gombak. Walaupun pulang dengan rasa hampa dan geram, sekurang-kurangnya pekena segelas jus pisang kat kafe Mahallah Ali dapat juga kurangkan kemarahan. Boleh mengimbau kenangan kami 2 tahun yang lalu, kalau ada apa-apa program kat UIA Gombak, tak pernah miss minum jus pisang kat kafe Mahallah Ali atau Faroq. Best… sambil makan, aku ambil peluang jumpa dengan adik-adik usrah yang di sayangi. Baihaki, Ise, Abdullah..Kami meneruskan perjalanan ke Kuantan. Keesokan harinya, aku bakal bergelar pelajar 2nd Year Bachelor of Dietetics, International Islamic University Malaysia, Kuantan Campus.

Anda Ingin Mengubah Perangai Orang Lain?


Pagi ini (27 julai) Alhamdulillah aku berpeluang mengikuti ‘Communication Skill Training Course’ yang diadakan di UIA. Kursus disampaikan oleh Presiden, Universiti Terbuka PTS, Puan Ainon Mohammad. Aku cukup tertarik dengan kandungan ceramahnya. Dengan gayanya yang bersahaja ia dapat menarik perhatian peserta dan tiada siapa pun terlelap. Sebenarnya banyak benda-benda yang kita dah praktik tapi tak sedar benda itu telah di kaji dan terbukti kesahihannya. Kursus ini berkisar tentang bagaimana untuk menarik orang lain untuk mendengar cakap kita. Bahasa yang senang, nak tarik mad’u. Disini aku nak berkongsi beberapa petua komunikasi seorang pendakwah yang berjaya, intipati daripada persembahan Pn. Ainon.
Pertama, kita hanya dapat mempengaruhi orang yang suka kita. Betul tak? Kalau dia tu benci kita, apa saja yang kita buat dia complain dan sentiasa membantah. Begitu jugak, bila orang tu tak suka kita, dia mungkin dengar apa yang kita cakap tapi tak ikut.
Kedua, ada daya tarikan. Mengikut kata Pn. Ainon, daya tarikan yang dimaksudkan ialah ketampanan dan kejelitaan. Mula-mulanya aku terfikir jugak, orang yang tak tampan dan tak cantik, tak boleh berkawan dengan orang la…bukan begitu..sebenarnya apa yang dimaksudkan ialah ketampanan sosial. Beliau membahagikan ketampanan dan kejelitaan kepada 2; fizikal dan sosial. Fizikal, sebagaimana yang sedia maklum, orang puteh kata ‘good looking’. Sape yang rasa good looking tu, satu kredit la buat dia untuk tarik orang dan ubah perangai orang. Betul tak? Kita pun begitu kan? Nak apa-apa mesti pilih yang cantik-cantik kan? Tapi nevermind, yang rasa kurang good looking tu, jangan risau, ada satu lagi bentuk ketampanan iaitu sosial. Ketampanan sosial ni hanya berada pada mata orang lain. Kita tak nampak ketampanan ini. Jenis ketampanan ini boleh diperolehi daripada:-
1. Good deed (akhlak yang baik)
2. Educated
3. Successful
4. Heredity(keturunan)
5. Relationship(persahabatan); kita kena ikat tali persahabatan dengan orang yang kita nak ubah tu
6. Hobby;ada persamaan hobi
7. Mirror image; ini lebih kurang dengan hobi jugak tapi skopnya lebih luas. Mirroring(bayangan wajah), bila dia tengok kita, dia nak jadi seperti kita. Boleh tak? Macam mana caranya? Kita kena banyakkan faktor-faktor yang serupa dengannya. Kalau dia tak ada basic agama, jangan pulak bila kita tazkirah, banyak guna matan2 hadis atau ayat quran dengan bahasa arab.. guna lah terjemahannya saja. Kenapa? Ha! Kalau kita cakap ‘geng-geng’ guna bahasa arab nanti dia akan fikir, aku jauh la dengan dia ni, tak boleh buat kawan ni..setuju? therefore, kita memerlukan banyak skrip dakwah. Mungkin dengan sahabat2 kita yang sefikrah, boleh la guna hadis-hadis bahasa arab, nak ceramah guna bahasa arab pun tak pe..
Ketiga, banyakkan buat perkara-perkara yang mudah disukai orang. Contohnya:
1. Ringan tangan, pandai menolong. Kita kena mudah menolong, bila orang tahu kita seorang yang ringan tangan, dia akan mudah untuk dekati kita. Kita kena selalu tawarkan diri untuk tolong dia. Contohnya, kalau kita nak pergi café, tanya roommate, ada nak kirim apa-apa tak.
2. Mudah memuji, ringan mulut. Dalam aspek pujian ini, kita kena pandai mengasingkan antara pujian tingkah laku dan orang. Kita jangan puji orangnya, tapi pujilah tingkah lakunya. Puji apa yang dia buat, mesti dia suka kat kita. Puji prestasi dia, kejayaan dia, tunjukkan yang kita rasa bangga dengan dia. Dalam kontek puji ni, Rasulullah cukup menggalakkan pujian tingkah laku, bukan pujian ke atas sifat orang.
3. Mudah bersetuju, jangan suka berdebat. Kalau kita tak suka dengan pandangan dia, ‘pause dulu..nanti dua minggu akan datang, kita buka balik isu tu.

Antara tips yang di ajar oleh beliau;
1. Menolong orang lain dengan menyusahkan diri sendiri.
2. Jangan mudah complain urusan orang.

“mahasiswa pemacu kebangkitan”
detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

Saturday, July 26, 2008

Aktiviti no.1, akademik bukan no.2


Dua hari kebelakangan ini baru terasa senang sikit. Sejak 2 minggu sebelum start sem baru yang lalu, malam ku tak pernah sunyi daripada pelbagai aktiviti; meeting, meeting, perjumpaan etc… Alhamdulillah sekarang ini rasa lega sikit, boleh juga buka lecture notes. Boleh balas sms kawan2 yang tak sempat nak balas. Walau sesibuk mana tugasan luaran, akademik wajib diutamakan. Alhamdulillah sem 2 yang lalu aku telah membuktikan yang aku juga seperti orang lain. Dapat anugerah 3.0 ke atas dan anugerah lonjakan saujana. Lonjakan saujana sebab peningkatan pointer sem 1 dengan sem 2 bezanya 0.5. Bagiku, itu dah teramat baik. Namun begitu, target aku masih belum tercapai. insyaAllah, masuk tahun 2 ni akan ku gegarkan bumi UIA dengan pointer ku yang lagi gempak. Bercakap panjang mengenai akademik ni, satu benda je yang paling penting. Pergantungan kepada Allah. Cuba sedaya upaya untuk dekatkan diri dengan yang mempunyai segalanya. Pagi biar sentiasa hidup dengan dhuha, malam sentiasa cerah dengan qiamullail, insyaAllah kita akan dapat apa yang kita perlu.

Mengawal berat badan berlebihan

Mengurangkan berat badan anda sebanyak 5% hingga 10% boleh mengurangkan risiko kesihatan anda dengan ketara. Dalam kebanyakan kes, kelebihan berat badan atau keadaan obes berpunca daripada pengambilan kalori berlebihan dan kekurangan aktiviti fizikal. Anda boleh mengurangkan berat badan dengan meningkatkan aktiviti fizikal dan mengurangkan pengambilan makanan anda. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil.
• Tetapkan matlamat untuk mengurangkan tidak lebih daripada 0.5 hingga 1 kg seminggu.
• Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 20-30 minit setiap kali.
• Ikuti kehidupan yang lebih aktif
- Gunakan daripada menggunakan lif atau escalator. Ni naik tingkat satu pun nak guna lif.
- Biasakan berjalan kaki untuk jarak yang dekat daripada memandu.
- Cuci kebderaan anda sendiri, berkemas dan bersihkan rumah, berkebun atau memotong rumput di rumah.

• Awasilah apa yang anda makan
- Kurangkan pengambilan makanan dan snek yang tinggi lemak dan kalori
- Elakkan daripada makan terlalu banyak, makan sikit-sikit tetapi kerap dan makan pada masa yang tidak menentu.
- Elakkan diet mengurangkan berat badan yang terlalu menghadkan pengambilan kalori dan zat-zat lain.
- Cuba mengurangkan berat badan dengan memaksa diri memuntah atau diuretic adalah membahayakan.
Bertemu akan datang untuk mengetahui apakah makanan yang membekalkan karbohidrat kompleks, vitamin, mineral, gentian, dsb.
“Kekalkan berat badan yang sihat”

Monday, June 2, 2008

Rancangan televisyen hilang identiti

Saya menyambut baik usul yang dicadangkan oleh ahli Dewan Negara, YB Senator Mumtaz Md Nawi di dewan rakyat baru-baru ini kepada Kementerian Penerangan untuk menyusun semula jadual rancangan di televisyen khususnya yang bernaung di ‘bawah ketiak’ kerajaan, TV1 dan TV2. Antara isi usulnya ialah supaya meletakkan program yang bermanfaat kepada masyarakat pada waktu puncak iaitu waktu yang paling ramai penonton seperti waktu petang antara pukul 2 hingga 5 petang dan waktu malam. Rancangan-rancangan tazkirah seperti Bicara Mufti, Motivasi Pagi, Muqaddimah dan sebagainya yang disiarkan pada awal pagi amat tidak sesuai memandangkan nisbah penonton pada waktu ini menjanjikan bilangan penonton yang amat sedikit.
Dari satu sudut, cadangan ini sudah cukup baik. Sekurang-kurangnya masih ada lagi program-program five star untuk mendaulatkan Islam ‘Hadhari’ di Malaysia. Namun, dari sudut lain bagaimana dengan rancangan pada waktu puncak yang pastinya menarik ramai penonton. Telenovela yang diimport secara terus dari Latin, Korea, Filipina, Mexico dan sebagainya memaparkan budaya bebas dengan para pelakon yang berpakaian tidak senonoh, gaya hidup yang mewah telah meracuni pemikiran anak muda untuk meniru gaya-gaya mereka. Apabila ini berlaku, elemen agama semestinya dikesampingkan, yang penting matlamat hidup mewah dan bergaya direalisasikan.
Persoalannya, ke mana perginya fungsi badan penapisan filem dan bahan penyiaran Malaysia. Duhai kerajaan Malaysia, tidak cukup lagikah dengan rancangan-rancangan hedonis ciptaan rakyat Malaysia sendiri yang tidak sensitif dengan hukum-hakam agama? Akademi Fantasia, GangStarz, Cari Bintang dan sebagainya tidak cukup mata untuk dilihat. Tidak padan untuk rakyat Malaysia, ditawarkan pula kepada warga-warga Asia lain untuk terpaut sama dengan dosa yang diciptakan sendiri oleh negara hadhari. Rakyat Indonesia, Thailand, Filipina, Singapura cukup galak mempersembahkan tubuh dan nikmat Tuhan kepada mereka untuk memenangi pertandingan. Semua ini diperhatikan generasi muda terutama anak-anak gadis yang mengimpikan kehidupan kerlipan bintang bertamu dalam hidup mereka. Kerajaan hadhari pula menabur duit berjuta-juta ringgit untuk kesenangan para peserta asing kononnya boleh tarik pelancong dan sebagainya. Alangkan ceteknya pemikiran agama mereka.
Akibat itu lahirlah mangsa-mangsa seperti Norfaizura Azura Mad Lias, 28, dari Pangkor, Perak dan Dayang Sakienah Mat Lazim, 20, dari Bukit Payung, Terengganu yang kini merengkok di penjara Negara-negara Eropah gara-gara mengedar dadah selepas direkrut bekerja dengan tawaran gaji lumayan di Sepanyol. Kita cukup sedih dengan bencana yang menimpa umat Islam-Melayu. Faktor utamanya disebabkan oleh rancangan TV di negara kita sudah hilang identiti sehingga umat remaja Islam-Melayu menjadi layu selayunya.
Bagi pihak berkuasa seperti Kementerian Penerangan, tidakkah berasa bersalah kerana selama ini terbabit meracuni minda anak-anak muda dengan rancangan televisyen yang merosakkan itu? Kepada kementerian Pelajaran dan Pendidkan Tinggi, apa sebenarnya telah berlaku sehingga anak-anak muda menjadi sedemikian rupa? Kita menyambut baik usaha pemuda PAS mendesak Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Penerangan memantau dan mengetatkan penerbitan filem dan penyiaran telenovela yang bukan sahaja menyalahi hokum Islam dan budaya ketimuran tetapi memporak-perandakan masyarakat.

Secebis kerja tetap bernilai

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. (Terjemahan dr kitab Syeikh Muhammad Nawawiy Al- Bantaniy berjudul Syarhu 'Uquudil Lujjaini Fii Bayaani Huquuqiz Zaujain), ringkasnya:

Pada suatu hari Rasulullah saw masuk bertemu anakandanya Fatimah Az-zahra' ra. Baginda dapati anakandanya sedang mengisar sya'ir dengan menggunakan sebuah kisaran tangan sambil menangis. Maka Rasulullah saw bertanya kepada anakandanya itu, "apa yang menyebabkan engkau menangis wahai Fatimah? Semoga Allah tidak menyebabkan matamu menangis." Ujar Fatimah, "Hai ayahanda, batu kisaran ini dan urusan-urusan rumahtanggalah yang menyebabkan anakanda menangis."

Lalu Nabi s.a.w. duduk di sisinya. Fatimah menyambung, " Wahai ayahanda sudikah ayahanda meminta Ali membelikan anakanda seorang jariah (hamba / pembantu) untuk menolong anakanda mengisar tepung dan membuat kerja-kerja rumah?" Mendengarkan perkataan anakandanya itu, maka bangunlah Nabi s.a.w. mendapatkan kisaran itu. Baginda mengambil sya'ir dengan tangan baginda yang diberkati lagi mulia, diletakkannya dalam kisaran itu, seraya diucapkan, "Bismillaahirrahma nirrahim " Maka berpusinglah kisaran itu sendiri dengan izin Allah Ta’ala.

Baginda meletakkan sya'ir ke dalam kisaran untuk anakandanya dengan tangannya yang diberkati Allah, sedangkan kisaran itu berpusing dengan sendirinya sambil bertasbih kepada Allah Ta’ala dalam berbagai bahasa, sehingga habislah sya'ir itu dikisarnya. Maka Nabi s.a.w. bersabda kepada kisaran itu, " Berhentilah dengan izin Allah." Maka ia pun berhenti mengisar. Lalu Rasulullah s.a.w. kepada anakandanya, Fatimah r.a., "Jikalau Allah kehendaki ya Fatimah, pasti kisaran ini mengisar dengan sendirinya untukmu. Akan tetapi Allah Taala mengingini bahawa dituliskan untukmu beberapa kebajikan dan dihapuskan bagimu beberapa kejahatan dan diangkat bagimu beberapa darjat."
• Ya Fatimah, mana-mana perempuan yang mengisar tepung untuk suami dan anak-anaknya, maka i. Allah tuliskan untuknya satu kebajikan bagi tiap-tiap biji gandum yang dikisarnya. ii. Allah angkat satu darjatnya bagi setiap biji gandum yang dikisarnya.
• Ya Fatimah, mana-mana perempuan yang berpeluh ketika ia mengisar untuk suaminya, maka Allah menjadikan tujuh buah parit antaranya dengan neraka.
Ya Fatimah, mana-mana perempuan yang menghamparkan hamparan atau tilam atau mengemaskan rumahnya untuk suaminya dengan baik hati, maka malaikat akan menyerunya dari langit, "hadapilah amalmu (iaitu teruslah beramal), Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu dan yang akan datang..
Hebat/Gahnya sesuatu kerjaya sering dinilai dari ganjaran material yang diperoleh. Namun, surirumah merupakan profession yang tidak mendatangkan apa2 ganjaran material, tetapi tinggi nilainya disisi Allah, hatta airmata dari setiap hirisan bawang mampu menjadi benteng api neraka Allah. Tanpa bertiketkan kasih sayang ‘pemberian’ tanpa had seorang surirumah hanyalah benci dan beban. Hiduplah di dunia dengan memberi demi akhirat yang kekal abadi.
Walaubagaimanapun, bagi bakal surirumah, akademik/ilmu bukanlah satu aspek yang perlu dpinggirkn, kerana seorang ibu ber’kelas A’lah bakal menghasilkan generasi yang terdidik degnan ‘kelas A’. Akademik/ilmu dicari bukanlah sekadar untuk memenuhkan jawatan yang kosong, sebaliknya untuk mengenal dan mencari redha Ilahi.
Photobucket

Search In The Quran

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code/td>
Powered by www.SearchTruth.com