Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Thursday, May 21, 2009

Belajar dari Slumdog Millionaire





Keinginan yang membuak-buak untuk melihat sendiri aksi dua budak lelaki ‘cute’ dan seorang budak perempuan dalam filem ‘Slumdog Millionaire’ akhirnya berkesampaian apabila saya mendapatkan sendiri CD filem ini di pasaran. Pelakon kanak-kanak perempuan ini cukup kontroversi apabila ada khabar angin yang mengatakan bahawa ayah kandungnya ingin menjual anak perempuannya ini kepada seorang jutawan disebabkan marah kepada pengarah filem, Danny Boyle kerana bayaran upah lakonan tidak seperti yang dijanjikan. Tambahan pula, dengan kesempitan hidup keluarga ini sehingga memaksa ayahnya menjual anak sendiri. Sejauh mana kebenaran cerita ini, wallahua’lam.. Duit yang saya laburkan untuk mendapatkan sekeping CD filem ‘Slumdog Millionaire’ bagi saya tidak membazir kerana banyak plot keemasan yang dapat ditimba daripada filem yang mendapat 8 Oscar Awards ini. Jalan ceritanya bersahaja tanpa mengenakan kesan-kesan khas yang extreme bagi saya cukup menusuk kalbu. Walaupun watak perwatakan dan juga latar masa dan tempat telah ditentukan untuk menjadi jalan cerita, tetapi banyak pengajaran yang kita boleh geledah daripada fiksyen ini.

Antaranya, pengalaman masa lampau mampu menjadikan kita seorang jutawan. Istilah slumdog telah menggambarkan suasana kehidupan setinggan. Ditambah dengan berada dalam golongan minoriti penganut agama Islam di salah sebuah penempatan India yang selalu ditindas oleh golongan sang penguasa, boleh menyedarkan banyak mata-mata yang masih celik akalnya. Watak Jamal dan Malik, dua orang adik beradik yatim piatu yang kematian ibu setelah di bunuh oleh tentera penguasa, yang ingin menghapuskan minoriti Muslim India, telah membuka mata para penonton betapa kesempitan hidup masih bersarang di beberapa ceruk dunia.

Dua saudara ini hidup dalam keadaan yang serba kekurangan, terpaksa meredah longgokan sampah untuk mencari sesuap rezeki, dan pada satu tahap cuba diculik dan ingin dijadikan pengemis jalanan. Jamal, seorang budak yang cukup meminati lakonan Amitabh Bachan telah berpeluang untuk memasuki sebuah program reality ‘Who Wants to be A Millionaire’ yang pada niat asalnya ingin berjumpa dengan teman perempuan sepermainannya ketika kecil dahulu akhirnya berjaya menjadi seorang jutawan. Segala soalan yang dilontarkan kepadanya adalah berkisar kepada pengalaman pahit jerih sepanjang hidupnya. Jamal tidak pernah bersekolah tinggi dan tidak pula pegang sarjana. Tetapi pengalaman hidupnya telah memberikannya kejayaan yang tidak pernah terlintas di fikiran.

“The best way to predict the future is to invest into it!”

Inilah antara pepatah Inggeris yang bersesuaian untuk jalan cerita dalam filem ini. Filem ‘Slumdog Millionaire’ ini cukup bermakna kepada para mahasiswa untuk menimba sebanyak mungkin pengalaman sepanjang berada di alam kampus. Semasa berada di universiti, mahasiswa harus memanfaatkan peluang untuk menimba sebanyak mungkin pengalaman dan mencabar kemampuan diri untuk kepentingan hari ini dan masa depan.

Waktu di universiti merupakan periodisasi emas untuk memperkayakan diri dengan pelbagai jenis pengalaman sedalam yang mungkin. Universiti adalah gelanggang untuk mahasiswa berpentas. Jatuh bangun kita ber’pencak silat’ di sini memberikan imunisasi yang berguna untuk masa depan. Waktu di universiti inilah saat untuk mahasiswa di ‘grooming’, di dandan, di bentuk, di latih dan di canai untuk memperkukuhkan idealisme dan aktivisme kemahasiswaan, ke arah melahirkan warganegara yang mampu menyumbang ke arah pembinaan negara yang lebih baik pada masa hadapan.

Bukankah mahasiswa itu pewaris teraju kepimpinan negara dan dunia? Slumdog Millionaire telah berjaya mengukir sejarah tersendiri di dunia. Ayuh kita buka lembaran baru sejarah mahasiswa pula!

Sunday, September 14, 2008

Adikku...Bercita-citalah



Adikku, izikan abang berbicara dan menuturkan beberapa kisah untukmu.. untuk kau merenung, dan bercita-cita, kerana impian adalah titik mula kepada segalanya.

Umar pernah bercita-cita, mengimpikan para pemuda. Adik tahukan, yang Mu'adz ibn Jabal seorang faqih yang diutus oleh Rasul ke Yaman? Ketika itu usianya masih muda. Begitu juga dengan Salim: ia termasuk salah seorang perawi hadits. Usianya juga masih muda. Dalam sejarah Islam juga dikenal Muhammad Al-Fatih, pembebas kota Konstantinopel. Saat itu usianya tidak lebih dari 22 tahun.

Adiku,

Umar bin Abdul Aziz, seorang khalifah yang zuhud, senang beribadah dan berjihad, suatu kali pernah berkata. “Sesungguhnya jiwaku adalah jiwa yang mempunyai banyak cita-cita. Dia pernah bercita-cita menjadi amir, dia telah mendapatkannya. Dia bercita-cita menjadi seorang khalifah, juga telah didapatkannya. Sekarang, cita-citaku adalah surga, dan aku berharap mendapatkannya.”

Lembar sejarah membuktikan, orang-orang yang berjiwa besar umumnya memiliki cita-cita tinggi. Impian mereka tidak di fahami oleh orang kebanyakan. Impian mereka jauh terkedepan, menewaskan impian pelumba dan pengejar sekangkang kera harta dunia. Adikku, bukan hanya itu, mereka berusaha mewujudkan apa yang mereka cita-citakan dengan segenap upaya dan kesungguhan, bermatian deminya kerana impian itulah cita-cita yang paling tinggi dalam kehidupan mereka, dan umumnya mereka mampu meraih cita-cita yang telah mereka canangkan.

Bukan hanya kisah Umar bin Abdul Aziz yang akan abang ceritakan. Ada kisah lain, tentang empat pemuda dengan cita-cita mereka. Suatu kali, Abdullah bin Umar, Urwah bin Zubair, Mushab bin Zubair dan Abdul Malik bin Marwan ra. berkumpul di pelataran ka'bah. Mushab yang bicara pertama kali dengan mengatakan,"Bercita-citalah kalian." Sahabat yang enggan mengatakan cita-citanya, meminta Mushab terlebih dulu menyampaikan cita-citanya.

Mushab bertutur,"Aku ingin kaum muslimin bisa menaklukkan wilayah Irak, aku ingin menikahi Sakinah puteri Husein dan Aisyah binti Thalhah bin Ubaidillah." Tahukah adikku, apa yang kemudian hari berlaku atas Mushab? Allah SWT memperkenankannya memperoleh apa yang ia cita-citakan.

Urwah bin Jubair kemudian menceritakan harapannya. "Aku ingin menguasai ilmu fikih dan hadits." Subhanallah, Urwah kemudian dikenal sebagai salah satu tokoh ulama fikih dan banyak meriwayatkan hadits.

Abdul Malik bin Marwan mengungkapkan cita-citanya. Ia menyatakan keinginannya untuk menjadi khalifah. Dan anakku, Abdul Malik bin Marwan kemudian menjadi khalifah di masa Daulah Umawiyah yang dikenal sebagai khalifah yang memiliki ilmu yang luas dan taat beribadah.

Terakhir, Abdullah bin Umar menegaskan cita-citanya. Tahukah anakku, apa cita-cita Abdullah bin Umar? Cita-citanya adalah, surga!

Tidakkah adik lihat ketika Usamah ibn Zaid pergi ke medan perang ketika usianya masih 15 tahun. Padahal ketika usinya 14 tahun semangat jihadnya sudah berapi-api: ia ingin cepat berada di shaf para mujahid Allah. Namun Nabi saw melarangnya, kerana masih teramat muda. Ia juga pernah menjadi pemimpin pasukan Rasul, padahal saat itu para sahabat senior seperti Abu Bakar Ash-Shiddiq ada. Namun Rasul saw mempercayakan kepadanya.

Adikku,

Rasakan kemulian dan keagungan impian kita ini. Ironis sekali dengan impian dan mental orang kebanyakan, lebih-lebih lagi remaja kini yang sebaya denganmu, cita-cita mereka rendah kerana jiwanya lemah, langsung tiada izzah. Bergelumang dengan dosa dan maksiat. Suka dan gemgira dengan angan-angan kosong dan remeh, di alam komik yang tiada manfaat kepada syahid di jalan Allah, yakni di alam-alam yang rendah nilainya, tertutup dan terbatas ibarat alam katak di bawah tempurung.

Adikku, ambillah hikmah terbaik dari kisah itu. Apa yang menjadi cita-cita mereka? Cita-cita yang tinggi dan besar. Apakah engkau mengetahui, bagaimana mereka bisa mencapai cita-cita itu? Mereka mencapainya dengan perjuangan dan pengorbanan yang sungguh-sungguh diiringi dengan mental yang luar biasa. Bukan dicapai dengan menumbuhkan banyak alasan, kekalahan bahkan keputusasaan. Kekuatan tekad yang mereka miliki disertai dengan kerja keras juga doa kepada Allah SWT membuat mereka mampu mencapai apa yang mereka inginkan.

Perhatikan apa yang sejarah tulis mengenai perjuangan Umar bin Abdul Aziz. Kala diangkat menjadi pemimpin, ia tanggalkan kemewahan-kemewahan yang pernah dinikmatinya. Ia ganti kemewahan itu dengan segenap kesederhanaan. Ia bahkan meminta keluarganya untuk turut serta hidup dalam kesederhanaan itu. Yunus bin Syuaib bahkan berkata, "Sebelum menjadi khalifah, tali celananya masuk ke dalam perutnya yang besar. Namun, ketika dia menjadi khalifah, dia sangat kurus. Bahkan jika saya menghitung jumlah tulang rusuknya tanpa menyentuhnya, pasti saya bisa menghitungnya." Bukan hanya itu, Umar bin Abdul Aziz juga dikenal sebagai pemimpin yang menolak suap dalam bentuk apapun. Subhanallah.. Allah SWT memperkenankan Umar bin Abdul Aziz memperoleh keinginannya untuk menjadi khalifah dan Umar menjalankannya dengan penuh kesungguhan, perjuangan dan pengorbanan untuk menngapai cita-cita yang lain, surga!

Kerana itu, adikku, bercita-citalah! Pancangkan cita-citamu setinggi mungkin. Iringi ia dengan kesungguhan, perjuangan dan pengorbanan untuk menngapainya. Semoga Allah SWT
merahmatimu dengan memperkenankan cita-cita itu terwujud.

Bercita-citalah! Bukan hanya untuk duniamu, tapi juga untuk akhiratmu. Rasulullah bersabda, "Dan jika kalian meminta kepada Allah, maka mintalah surga firdaus, sebab dia adalah surga yang paling tinggi." (HR. Bukahri). Adikku, tahukah engkau apa cita-cita seorang Rabiah bin Kaab? Cita-citanya adalah, menemani Rasulullah di surga!

Ingatlah adikku, impianmu adalah titik mula gerak langkahmu, kesungguhan dan keyakinanmu bakal mentukan titik akhirnya


Dedikasi khas buat adik-adik maahadku yamg sentiasa diingati. Good Luck for your SPM

Saturday, September 13, 2008



The most evocative words in ukhwah



MAAF



TAHNIAH



TERIMA KASIH


Photobucket

Search In The Quran

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code/td>
Powered by www.SearchTruth.com