Friday, August 22, 2008

Dimana Ruh Ukhwah?




Islam merupakan pusat kepada sebahagian prinsip amali, juga merupakan cara-cara yang positif untuk melengkapkan kasih sayang dan untuk menunjangkan ruh ukhwah, sekiranya mereka yang berukhwah kerana Allah berpegang dengan Islam dan beramal dengan tuntutan-tuntutan Islam, sudah pasti bertambah kukuhlah ukhwah mereka hari demi hari.

Nah! Khusus untuk pembaca camarhijau sekalian, beberapa cara paling jelas untuk mendalami ruh ukhwah:


1) Apabila seseorang lelaki mencintai saudaranya maka hendaklah dia memberitahu bahawa dia mencintainya. Berdasarkan riwayat Abu Daud dan Tirmizi, Nabi s.a.w. bersabda mafhumnya: “Apabila seseorang lelaki mengasihi saudaranya maka hendaklah ia memberitahu kepadanya bahawa dia mengasihinya”. Diriwayatkan oleh Abu Daud dengan beberapa sanad yang sahih daripada Anas r.a. bahawa seseorang lelaki berada di sisi Nabi s.a.w., tiba-tiba seorang lelaki melintas di hadapannya, maka dia memberitahu Rasulullah, “aku amat menyayangi lelaki itu”. Maka baginda bertanya,”Adakah kamu beritahu kepadanya?”, jawabnya, “tidak”, lantas kata baginda, “beritahulah kepadanya.



2) Bila hendak berjauhan (berpisah) dengan saudaranya, maka mohonlah supaya dia berdoa untuknya. Diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Sahihnya, bahawa Nabi s.a.w. bersabda, mafhumnya :”Setiap muslim yang berdoa untuk saudaranya yang berjauhan, seorang malaikat akan berkata: “Kepadamu juga sama doa itu”.

3) Hendaklah bersegera berjabat tangan bila bertemu saudara dengan saudara. Nabi bersabda;”Setiap dua muslim yang bertemu lalu berjabat tangan pasti diampunkan kepada keduanya sebelum mereka berpisah”.

4) Hendaklah banyak menziarahi dari masa ke semasa. Hadis Qudsi:”Kasihku ditentukan kepada orang-orang yang berkasih sayang keranaKu, orang-orang yang saling duduk berbincang keranaKu dan orang-orang yang saling memberi keranaKu”.

5) Hendaklah mengucap tahniah kepada saudaranya di tempat yang munasabah. Hadis Nabi s.a.w.:”sesiapa yang bersua dengan saudaranya yang senang hati kerana mendapat apa yang disukainya, hendaklah memberi tahniah kepadanya, dengan itu Allah member kesukaan kepadanya di hari qiamat”.



6) Hendaklah memberi hadiah bila keadaanya sesuai. Hadis Nabi s.a.w.:”hendaklah kamu memberi hadiah, sesungguhnya hadiah-hadiah itu boleh mewarisi kasih sayang, menghilangkan dengki dan iri hati.




Sumber: Ukhwah Islamiyyah (Abdullah Nasih 'Ulwan, Dewan Pustaka Fajar)

No comments:

Photobucket

Search In The Quran

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code/td>
Powered by www.SearchTruth.com