Monday, August 25, 2008

Congratulation For My Sister

Pada 12 hb ogos lepas, aku berpeluang bersama ahli keluarga yang lain meraikan majlis konvokesyen kak aku yang telah menamatkan pengajian dalam bidang Pengajian Al-Quran di UKM, Bangi. Bila berpeluang masuk ke dewan istiadat, terasa air mataku hampir terburai tatkala pengaturcara majlis menyuruh para graduan untuk berpaling ke kiri dan ke kanan dengan serentak sambil menundukkan kepala. Ini bertujuan semata-mata untuk menghormati ibu-bapa yang hadir pada majlis itu. Sungguh, jasa ibu-bapa memang tak berpada dengan hanya menundukkan kepala seperti itu sahaja. Teramat besar jasa yang mereka telah sehingga kita berjaya bergelar seorang graduan.

Bila melihat para graduan yang berpakaian mortar dan jubah konvo, terasa bertambah semangat ku untuk secara rasminya mengenakan pakaian seperti itu. Aku menolak untuk mencuba jubah itu setelah dipelawa kakakku. Bukan masanya lagi untuk aku menyentuh baju itu. Coming soon in Gombak. insyaAllah. Aku bersemangat gile untuk menghadiahkan kalungan bunga kepada kakakku. Bukan apa, ini satu-satunya program sepanjang hidup dia. Pahni, belum tentu lagi dia dapat menggengam ijazah master..begitu jugak sebab apa aku sanggup ponteng kelas terbang ke KL..sebabnya kalau bukan ahli keluarga yang menyokong dan bergembira bila bergelar seorang graduan, sape lagi.

Adik beradik aku 5 orang semuanya dah memegang ijazah masing-masing. Tinggal aku sorang je lagi. Doakan aku untuk mencapai kejayaan cemerlang(dean list) bila grad nanti.insyaAllah.

No comments:

Photobucket

Search In The Quran

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code/td>
Powered by www.SearchTruth.com