Wednesday, December 3, 2008

UIAM Perlu Bersih Nama

Ini adalah petikan surat saya yang boleh di dapati dalam Berita Harian 4hb Desember kolum surat.Nama samaran yg diberikan oleh BH ialah Helmi Baginda..ops, tiada kaitan dengan Razak Baginda deh..

Pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) kampus cawangan Kuantan sedikit tersentuh dengan isu yang dilemparkan oleh salah sebuah stesen TV swasta yang melaporkan mengenai isu penggondolan kayu balak dalam kawasan kampus berkenaan. Berita yang bertajuk Nilai Balak Kaburi Matlamat Asal yang disiarkan pada 27 November 2008 yang lalu menimbulkan banyak spekulasi di kalangan pelajar memandangkan ianya secara jelas menyentuh integriti dan maruah universiti ini.

Mengikut perancangan asal, kawasan perhutanan ini dikekalkan sebagai hutan simpan untuk tapak penyelidikan bioteknologi universiti ini. Tetapi apa yang berlaku hutan simpan yang selama ini turut menjadi kebanggan Bandar Lestari Kuantan digondolkan bagi mengambil balak bernilai jutaan ringgit.

Saya tidak menafikan bahawa UIA bertanggungjawab secara langsung terhadap penyelewengan ini. UIA seolah-olah melepas tangan kepada pihak kontraktor yang terbabit untuk membangukan kawasan berkenaan. Tetapi malangnya mereka telah menyalahgunakan kuasa mereka untuk membenarkan sebuah syarikat perkayuan dengan rakus menebang keseluruhan hutan di Bukit Galing yang termasuk dalam kawasan autoriti UIA.

Walaubagaimanapun UIA tidak seharusnya dipersalahkan seratus peratus kerana ia masih tertakluk di bawah kawalan Jabatan Perhutanan dan Kerajaan Negeri Pahang. Di mana jabatan ini bersembunyi? Mengapa perkara ini gagal dipantau? Walhal ia terletak dalam kawasan Majlis Perbandaran Kuantan. Ini bermakna, terdapat penyelewengan fakta dan penipuan maklumat menyebabkan perkara ini terjadi. Justeru, kami para palajar UIA amat kecewa dengan apa yang berlaku dan mendesak kerajaan Pahang supaya menyiasat perkara ini dengan telus dan adil. Rakyat di luar mungkin akan melihat isu ini sebagai satu ketempangan yang dilakukan oleh pentadbiran UIA, namun sebaliknya ada ‘gunting dalam selimut’ yang seharusnya bertanggungjawab ke atas isu ini.

Jika selama ini kes kecurian balak hanya melibatkan kawasan pendalaman Pahang, namun kini ianya lebih parah lagi apabila ia melibatkan kes kecurian balak dalam bandar Kuantan sendiri. Lebih aneh, pendedahan ini melibatkan satu kawasan balak yang lokasinya terletak tidak sampai pun beberapa kilometer dari Pejabat Perhutanan Negeri Pahang. Inilah yang menjadi kemusykilan kami. Mengapakah ia harus terjadi di negeri ini? Saya dapat merasakan nasib malang yang menimpa keseluruhan pelajar universiti ini setelah nasib mereka dipergadaikan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.

Saya berharap pihak pentadbiran UIA kampus cawangan Kuantan akan mengeluarkan kenyataan rasmi dengan segera untuk membersihkan nama baik. Saya yakin isu ini berkaitan dengan penyalahtafsiran maklumat yang didedahkan tanpa usul periksa. Amat tidak wajar sekiranya satu pihak mati kebuluran ditambah lagi dengan tohmahan pedih sedangkan satu pihak lagi mewah kekenyangan.

Luahan hati,
Mohd. Hilmi bin Ya’kub
Jurusan Sains Kesihatan Bersekutu (Dietetik),
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM),
Kampus Cawangan Kuantan.

1 comment:

Muhammad Zaki Sukery said...

salam akh..,terbaik!

jika ini artikel asal, kenapa berita harian letak nama Helmi Baginda? x puas hati betul - luga dengar nama Baginda ni!

note : dah lama aku x beli paper b.harian mi (alternatifnya sinar harian)..,dah kalau hari2 duk baca berita pasal pergolakan UMNO, buat abis duit jah + bole muntah dibuatnya.

nevertheless, such a good work bro..,keep it up! personally, bangga ada kawan secakna ini :) moga kekurangan kita dalam berkhidmat boleh ditampung, kelebihan sesama kita pula boleh dikongsi, amiin...

Photobucket

Search In The Quran

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code/td>
Powered by www.SearchTruth.com