Tuesday, December 2, 2008

Rumahku Banjir!!

Bandar Kota Bharu banjir?

Telefon rumahku tak berangkat. Ke mana mak dan ayahku ni. Pergi ke rumah abang aku kot. Dengus hatiku. Tersentuh hati untuk telefon kakakku yang berada di Ayer Lanas. Oo rupa-rupanya talian telefon rumahku disekat sebab banjir. Kalau diteruskan dengan keadaan banjir yang kritikal, ia dapat mengundang bahaya. Keadaan ini tidak mengejutkan diriku kerana tahun lepas perkara ini sudah berlaku. Banjir yang melanda kampungku memang tak asing lagi bagi penduduk kampung. Setiap tahun mesti kena buat persediaan.


tak de kene mengena pun dengan gambar ni


Tahun ini keadaan itu berulang. Sedih lagi sebab mungkin kena pergi sembahyang raya aidil adha dengan meredah air takat lutut. Tahun lepas amat menyedihkan sebab aku sampai di Kelantan pada pagi raya dan rumahku seperti pulau. Nasib baik ayahku sempat membeli sebuah bot.. seronok jugak naik bot di pagi raya. Tapi aku tetap bersyukur, selepas perginya banjir, tidak ada apa-apa yang berubah. Selain perlu basuh lumpur (baca selut) kat dalam rumah. Setakat berlakunya banjir, rumahku sentiasa selamat, tak perlu pindah. Mungkin tanah tinggi sikit barbanding dengan rumah-rumah lain.

Tahun ni mungkin aku tak boleh beraya kat rumah. Lebih-lebih lagi, nak contact telefon rumah pun tak boleh. Anak –anak bagi telefon bimbit, ayah tak nak guna..hehe.. Beraya kat rumah kakak la kot. Lagipun rumah kakakku bersebelahan dengan rumah abangku di Ayer Lanas. So, tak la rasa pelik sangat. Tapi jauh dari mak dan ayah la. First time ni..Huhu.

No comments:

Photobucket

Search In The Quran

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code/td>
Powered by www.SearchTruth.com