Senyap tak bererti hilang, diam tak bererti lupa..
Saya baru sahaja pulang dari Konvensyen Kebangsaan Majlis Perwakilan Pelajar IPTA yang menghimpunkan semua perwakilan pelajar dari setiap IPTA seluruh Malaysia, yang diadakan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia selama 5 hari (15 – 20 Mei).
http://mahasiswakini.com/archives/3457
Dalam Konvensyen ini pelbagai mutiara idea dan percambahan ilmu dilontarkan oleh para perwakilan mahasiswa. Apa yang menarik, Timb. Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah, sanggup berdiri selama 3 jam di atas pentas untuk mendengar keluhan daripada para mahasiswa membawa agenda kampus masing-masing. Tidak kurang 29 isu yang sempat saya diolah dan disuarakan oleh para perwakilan untuk dibawa ke peringkat tertinggi iaitu KPT bagi kepentingan produk mahasiswa yang bakal terhasil 5 tahun akan datang. Antara isu yang sempat saya catat ialah gejala sosial yang kian meningkat di dunia kampus, masalah hedonisme yang melanda warga kampus, pemansuhan AUKU, PTPTN, pentadbiran universiti yang berat sebelah dan macam-macam lagi. Saya kira segala bentuk permintaan yang terbuku di hati setiap mahasiswa telah diperdengarkan kepada YB Timb. Menteri.
Konvensyen kali ke-3 ini memperkenalkan metod baru dalam pembentangan kertas kerja kerana ianya telah dikaji dan dibentangkan sendiri oleh mahasiswa. Antara kertas kerja yang menjadi topik hangat seperti masalah sosial, kemahiran pengucapan awam di kalangan pelajar universiti, dan revolusi mahasiswa dan politik baru Malaysia. Saya kira topik-topik ini mendapat perhatian semua perwakilan.
Tidak kurang juga beberapa resolusi yang telah dibuat oleh setiap perwakilan menjadi perbincangan hangat. Resolusi ini merupakan item yang dibincangkan bersama dan akan dibawa ke KPT untuk dilakasanakan diperingkat KPT demi pembangunan mahasiswa. Antara resolusi yang dipersetujui bersama ialah mendesak KPT memperkenalkan modul pendidikan agama dan moral di universiti tanpa berorientasikan peperikasaan. Bagi pelajar UIAM dan USIM, mereka tiada masalah dengan sistem ini kerana ianya telah tersedia diamal gunakan diperingkat universiti. Selain itu, ada juga resolusi untuk membentuk Majlis Pembangunan Sahsiah Kebangsaan untuk mengumpulkan exco-exco pembangunan pelajar dan sahsiah di dalam 1 badan. Ini penting memandangkan berdasarkan pembentangan kertas kerja, semua universiti mengalami masalah kebejatan sosial di kalangan mahasiswa. Selain itu, ada juga usul resolusi kepada KPT supaya menyediakan guideline program hiburan termasuk konsert untuk setiap universiti supaya MPP ada rujukan untuk di buat apabila sesuatu aktiviti hiburan melampau diadakan sewenang-wenangnya oleh universiti tanpa pengetahuan KPT. Terdapat banyak lagi resolusi yang telah di buat unruk kepentingan para mahasiswa keseluruhan.
Banyak pengalaman baru yang dapat saya perolehi sepanjang konvensyen 5 hari ini. Selain dapat berjumpa dan bertukar idea dengan MPP universiti lain, dengan aktiviti khidmat masyarakat, sempat juga saya menziarahi kilang kerepek dan dodol yang menjadi suntikan baru untuk membangunkan masyarakat di kampung saya. Selain itu, ada juga aktiviti mengunjungi rumah yang penghuninya mengalami sakit kronik seperti kunjangan saya ke rumah seorang pesakit misteri yang tidak keluar rumah hampir 30 tahun yang lalu. Sebabnya, tidak tahu kenapa..pelik kan?
Namun matlamat saya untuk menghadiri program ini hanyalah satu. Apa mutiara yang boleh di ambil sepanjang 5 hari ini dan saya telah dapat mutiara itu. insyaAllah saya akan genggam mutiara tersebut dan memecahkannya di bumi kuantan ini untuk kemaslahatan semua warga UIAM Kuantan.
Syabas KPT! Anda berjaya.
No comments:
Post a Comment