Monday, June 2, 2008

Rancangan televisyen hilang identiti

Saya menyambut baik usul yang dicadangkan oleh ahli Dewan Negara, YB Senator Mumtaz Md Nawi di dewan rakyat baru-baru ini kepada Kementerian Penerangan untuk menyusun semula jadual rancangan di televisyen khususnya yang bernaung di ‘bawah ketiak’ kerajaan, TV1 dan TV2. Antara isi usulnya ialah supaya meletakkan program yang bermanfaat kepada masyarakat pada waktu puncak iaitu waktu yang paling ramai penonton seperti waktu petang antara pukul 2 hingga 5 petang dan waktu malam. Rancangan-rancangan tazkirah seperti Bicara Mufti, Motivasi Pagi, Muqaddimah dan sebagainya yang disiarkan pada awal pagi amat tidak sesuai memandangkan nisbah penonton pada waktu ini menjanjikan bilangan penonton yang amat sedikit.
Dari satu sudut, cadangan ini sudah cukup baik. Sekurang-kurangnya masih ada lagi program-program five star untuk mendaulatkan Islam ‘Hadhari’ di Malaysia. Namun, dari sudut lain bagaimana dengan rancangan pada waktu puncak yang pastinya menarik ramai penonton. Telenovela yang diimport secara terus dari Latin, Korea, Filipina, Mexico dan sebagainya memaparkan budaya bebas dengan para pelakon yang berpakaian tidak senonoh, gaya hidup yang mewah telah meracuni pemikiran anak muda untuk meniru gaya-gaya mereka. Apabila ini berlaku, elemen agama semestinya dikesampingkan, yang penting matlamat hidup mewah dan bergaya direalisasikan.
Persoalannya, ke mana perginya fungsi badan penapisan filem dan bahan penyiaran Malaysia. Duhai kerajaan Malaysia, tidak cukup lagikah dengan rancangan-rancangan hedonis ciptaan rakyat Malaysia sendiri yang tidak sensitif dengan hukum-hakam agama? Akademi Fantasia, GangStarz, Cari Bintang dan sebagainya tidak cukup mata untuk dilihat. Tidak padan untuk rakyat Malaysia, ditawarkan pula kepada warga-warga Asia lain untuk terpaut sama dengan dosa yang diciptakan sendiri oleh negara hadhari. Rakyat Indonesia, Thailand, Filipina, Singapura cukup galak mempersembahkan tubuh dan nikmat Tuhan kepada mereka untuk memenangi pertandingan. Semua ini diperhatikan generasi muda terutama anak-anak gadis yang mengimpikan kehidupan kerlipan bintang bertamu dalam hidup mereka. Kerajaan hadhari pula menabur duit berjuta-juta ringgit untuk kesenangan para peserta asing kononnya boleh tarik pelancong dan sebagainya. Alangkan ceteknya pemikiran agama mereka.
Akibat itu lahirlah mangsa-mangsa seperti Norfaizura Azura Mad Lias, 28, dari Pangkor, Perak dan Dayang Sakienah Mat Lazim, 20, dari Bukit Payung, Terengganu yang kini merengkok di penjara Negara-negara Eropah gara-gara mengedar dadah selepas direkrut bekerja dengan tawaran gaji lumayan di Sepanyol. Kita cukup sedih dengan bencana yang menimpa umat Islam-Melayu. Faktor utamanya disebabkan oleh rancangan TV di negara kita sudah hilang identiti sehingga umat remaja Islam-Melayu menjadi layu selayunya.
Bagi pihak berkuasa seperti Kementerian Penerangan, tidakkah berasa bersalah kerana selama ini terbabit meracuni minda anak-anak muda dengan rancangan televisyen yang merosakkan itu? Kepada kementerian Pelajaran dan Pendidkan Tinggi, apa sebenarnya telah berlaku sehingga anak-anak muda menjadi sedemikian rupa? Kita menyambut baik usaha pemuda PAS mendesak Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Penerangan memantau dan mengetatkan penerbitan filem dan penyiaran telenovela yang bukan sahaja menyalahi hokum Islam dan budaya ketimuran tetapi memporak-perandakan masyarakat.

Secebis kerja tetap bernilai

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. (Terjemahan dr kitab Syeikh Muhammad Nawawiy Al- Bantaniy berjudul Syarhu 'Uquudil Lujjaini Fii Bayaani Huquuqiz Zaujain), ringkasnya:

Pada suatu hari Rasulullah saw masuk bertemu anakandanya Fatimah Az-zahra' ra. Baginda dapati anakandanya sedang mengisar sya'ir dengan menggunakan sebuah kisaran tangan sambil menangis. Maka Rasulullah saw bertanya kepada anakandanya itu, "apa yang menyebabkan engkau menangis wahai Fatimah? Semoga Allah tidak menyebabkan matamu menangis." Ujar Fatimah, "Hai ayahanda, batu kisaran ini dan urusan-urusan rumahtanggalah yang menyebabkan anakanda menangis."

Lalu Nabi s.a.w. duduk di sisinya. Fatimah menyambung, " Wahai ayahanda sudikah ayahanda meminta Ali membelikan anakanda seorang jariah (hamba / pembantu) untuk menolong anakanda mengisar tepung dan membuat kerja-kerja rumah?" Mendengarkan perkataan anakandanya itu, maka bangunlah Nabi s.a.w. mendapatkan kisaran itu. Baginda mengambil sya'ir dengan tangan baginda yang diberkati lagi mulia, diletakkannya dalam kisaran itu, seraya diucapkan, "Bismillaahirrahma nirrahim " Maka berpusinglah kisaran itu sendiri dengan izin Allah Ta’ala.

Baginda meletakkan sya'ir ke dalam kisaran untuk anakandanya dengan tangannya yang diberkati Allah, sedangkan kisaran itu berpusing dengan sendirinya sambil bertasbih kepada Allah Ta’ala dalam berbagai bahasa, sehingga habislah sya'ir itu dikisarnya. Maka Nabi s.a.w. bersabda kepada kisaran itu, " Berhentilah dengan izin Allah." Maka ia pun berhenti mengisar. Lalu Rasulullah s.a.w. kepada anakandanya, Fatimah r.a., "Jikalau Allah kehendaki ya Fatimah, pasti kisaran ini mengisar dengan sendirinya untukmu. Akan tetapi Allah Taala mengingini bahawa dituliskan untukmu beberapa kebajikan dan dihapuskan bagimu beberapa kejahatan dan diangkat bagimu beberapa darjat."
• Ya Fatimah, mana-mana perempuan yang mengisar tepung untuk suami dan anak-anaknya, maka i. Allah tuliskan untuknya satu kebajikan bagi tiap-tiap biji gandum yang dikisarnya. ii. Allah angkat satu darjatnya bagi setiap biji gandum yang dikisarnya.
• Ya Fatimah, mana-mana perempuan yang berpeluh ketika ia mengisar untuk suaminya, maka Allah menjadikan tujuh buah parit antaranya dengan neraka.
Ya Fatimah, mana-mana perempuan yang menghamparkan hamparan atau tilam atau mengemaskan rumahnya untuk suaminya dengan baik hati, maka malaikat akan menyerunya dari langit, "hadapilah amalmu (iaitu teruslah beramal), Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu dan yang akan datang..
Hebat/Gahnya sesuatu kerjaya sering dinilai dari ganjaran material yang diperoleh. Namun, surirumah merupakan profession yang tidak mendatangkan apa2 ganjaran material, tetapi tinggi nilainya disisi Allah, hatta airmata dari setiap hirisan bawang mampu menjadi benteng api neraka Allah. Tanpa bertiketkan kasih sayang ‘pemberian’ tanpa had seorang surirumah hanyalah benci dan beban. Hiduplah di dunia dengan memberi demi akhirat yang kekal abadi.
Walaubagaimanapun, bagi bakal surirumah, akademik/ilmu bukanlah satu aspek yang perlu dpinggirkn, kerana seorang ibu ber’kelas A’lah bakal menghasilkan generasi yang terdidik degnan ‘kelas A’. Akademik/ilmu dicari bukanlah sekadar untuk memenuhkan jawatan yang kosong, sebaliknya untuk mengenal dan mencari redha Ilahi.

Search In The Quran

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code/td>
Powered by www.SearchTruth.com