Sunday, December 21, 2008

Kata-kata di Bibirmu Bermakna



kekadang apa yang terukir di bibir seseorang boleh menenangkan orang lain.. tu lah kehebatan di sebalik senyuman.. Senyuman boleh disifatkan sebagai ketawa kecil dan mempunyai makna yang baik, bergantung kepada rasa hati empunya senyuman itu.. em.. malah Rasulullah melahirkan rasa gembira dan tawanya dengan senyuman..

itulah yang dikatakan fitrah manusia, satu bentuk hiburan hati yang memberi kesan yang besar dan merupakan jalan hiburan yang diharuskan.

Dlm sabda baginda, disebutkan betapa pentingnya seorang manusia tidak terlalu membebankan diri dengan segala macam kesukaran dan kepayahan yang sengaja ditimbulkan.. Malah, Rasulullah menggesa agar seseorang perlu mencari sedikit hiburan jiwa yang tidak keterlaluan agar kemanisan hidup dapat dirasai. Baginda menyebut:

Janganlah terlalu membebani jiwamu dengan segala kesugulan hati, hiburkanlah hati dengan hal-hal ringan dan lucu. Apabila terus dipaksa memikul beban yang berat, ia akan menjadi buta. (Sunan Abi Daud)



Senyuman merupakan perbuatan kecil yang mencerminkan salah satu ciri akhlak yang mulia, namun kesannya cukup besar dalam mempengaruhi keadaan.

Senyuman('',)


Saya memerhatikan golongan peljar dan pengajar di pusat pengajian sepanjang.
Hakikatnya, wujud majoriti golongan terpelajar tidak cakna dengan keadaan apabila setiap kali melintasi para pekerja am yang kebanyakannya layak dihormati sebagai makcik, mereka hanya diam dan terus menuju ke bilik kuliah atau ruang pejabat tanpa senyuman, apatah lagi memberi salam.

Perkara ini berlaku berulang-ulang kali di tempat yang sama dan keadaan ini cukup mengecewakan. Apatah lagi ia melibatkan individu bergelar Muslim.

Jika berlaku perubahan keadaan, sudah pasti wujud ikatan erat dan rasa hormat yang tinggi antara dua kelompok. Bagi pekerja-pekerja am, mereka merasakan para pelajar tersebut menghargai kewujudan dan sumbangan mereka di situ.

Bagi para penuntut dan pengajarnya pula, senyuman yang diiringi salam itu mempamerkan akhlak dan kerendahan hati seorang yang terpelajar. Bukankah itu menguntungkan?

Begitu juga situasi di kafetaria di pelbagai jabatan dan institusi atau di gerai-gerai makanan, kesibukan melayani para pelanggan mungkin adakalanya memberi sedikit tekanan kepada pengusahanya, apa salahnya jika ada pekerja restoran datang membersihkan meja makan anda, balaslah dengan ucapan terima kasih dan senyuman. Impaknya dari sudut motivasi bekerja akan meningkat dan kualiti pasti bertambah.

Mengapa senyuman begitu berkesan terhadap manusia? Senyuman mempunyai tiga unsur utama yang menjadikan ia begitu bernilai. Pertama ia mempunyai daya tarikan, ia mempunyai hasrat dan keinginan untuk memiliki dan unsur bertindak untuk memiliki. Senyuman adalah gambaran unsur-unsur akal, perasaan dan kemahuan.


Dari sudut kesihatan diri, terbukti melalui senyuman ia merangsang otot-otot wajah dan memberi kesegaran dan ketegangan yang mengurangkan kedut-kedut di wajah, kesihatan tubuh dan jiwa dengan melepaskan tenaga emosi yang berpusat dari dalam.

Tambahan lagi, senyuman adalah tindakan menguasai diri melalui nilai optimisme, bersikap positif dengan membina lingkaran kebahagiaan di sekeliling. Dalam masa yang sama, senyuman memberi getaran yang mengikat rasa hati orang lain terhadap diri dengan nilai kepercayaan.

Nilai positif sebuah senyuman wujud apabila seorang Muslim redha berhadapan dengan keadaan malang untuk menguji iman. Syaitan sedaya upaya menjalankan pujuk rayunya agar manusia sentiasa bermusuhan dan menghilangkan seri wajah seorang mukmin daripada senyuman yang ikhlas.

Wajah yang masam, penuh kebengisan tanpa sedikit hiasan di bibir, secara tidak langsung mengaktifkan minda yang negatif. Peranan syaitan menjalankan agendanya agar manusia terus menerus bersikap demikian, sebagaimana diperingatkan oleh Allah:

Sesungguhnya perbuatan berbisik (dengan kejahatan) itu adalah daripada (hasutan) syaitan, untuk menjadikan orang-orang yang beriman berdukacita. Sedangkan bisikan itu tidak akan dapat membahayakan mereka sedikitpun melainkan dengan izin Allah, dan kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman berserah diri. (Al-Mujadalah: 10)

Namun begitu, senyuman boleh dimanipulasi oleh golongan tertentu yang menyalahgunakan nikmat Tuhan ini. Dalam mempamerkan senyuman yang berkesan, ia turut hadir sama dengan perkataan yang bijak dan berhikmah. Dalam sebuah kisah, Ali bin Abi Talib pernah bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih dicintainya. Adakah Fatimah, puterinya atau Ali, suami beliau? Dengan senyuman baginda menjawab, Fatimah, lebih aku cintai dan engkau aku lebih hargai.

Luar jangkaan

Senyuman juga dikaitkan dengan salam perpisahan. Ia sering berada di luar jangkaan manusia, malah dalam sirah Rasulullah dicatatkan peristiwa yang sama. Diriwayatkan oleh Anas Ibn Malik, pada hari Isnin ketika wafatnya Rasulullah, baginda keluar dan memandang mereka yang menunaikan solat Subuh.

Melihat sikap mereka, Rasulullah tersenyum. Mereka yang menyedari berpaling dan menyangka baginda beransur pulih. Dalam suasana gembira mereka diisyaratkan agar meneruskan ibadah mereka. Hakikatnya itulah senyuman perpisahan Rasulullah kepada mereka.

Dalam menjadikan senyuman sebahagian daripada cara hidup, seseorang perlu sedar bahawa senyuman perlulah dipamerkan tanpa berlebih-lebihan atau terlalu kurang. Ia perlu sentiasa berada di pertengahan. Bak kata pepatah, kebaikan muncul antara dua keburukan.

Jangan pandang remeh nilai sebuah senyuman, ia mungkin tidak ada nilai daripada harga yang ditentukan manusia. Tetapi ia membayar pada nilai lebih tinggi dalam kehidupan.

Jendela senyuman membuka tabir hubungan dengan manusia lain di sekitar anda. Ia menguatkan hati dan membina motivasi diri. Perkara kecil sebegini mempunyai manfaat yang besar seperti kata Rasulullah, Janganlah meremehkan amalan kebaikan, walau sekadar berwajah manis. (Abi Dzar).

1 comment:

candlesky said...

betul....
senyum salah satu cara yg paling mudah untuk bersedekah...

kekadang hati tertanya2..
'susah sgt ke nak senyum untuk makcik2 n pakcik2 yang dah banyak membuatkan hidup kita selesa?sapu sampah, cuci tandas, kemas barang2, buang sampah...atau dah rasa terlalu tinggi kedudukan kita untuk memveri senyuman pada mereka???'

~tepuk dada..tanya hati..

Search In The Quran

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code/td>
Powered by www.SearchTruth.com