Monday, October 19, 2009

Hargailah Persahabatn

Kadang2 terlalu sukar untuk kita mengucapkan apa khabar kerana terlalu sibuk. Selalu juga kita mengabaikan ucapan salam ketika bertemu. Adakalanya, kita yakin esok masih ada untuk kita bertemu dengan kawan2 yg lain. Jarang-jarang kita membalas email mahupun sms kawan kerana malas ataupun tiada credit. Tp, jika esok masih ada untuk kita tp sudah tiada esok lagi pada rakan kita. Kita akan membaca kembali email dan sms yg dikirimkan, dan mula bertanya kenapa kita tak menghargai kehadirannya dlm hidup kita. Walaupun kadang2, kawan akan berkata tak apa aku faham. Tp adakah kata2 itu membolehkan kita mengabaikan sebuah persahabatan.

Kita selalu melihat esok, tetapi selalu lupa tentang hari ni. Adakah esok masih ada seperti hari ini? Ketika kita berdoa adakah kita mendokan insan bernama sahabat? Adakah setelah mereka tiada baru kita sertakan doa untuk mereka?

Suatu ketika dulu, 2 sahabat terpisah kerana salah seorang darinya melanjutkan pelajaran. Tp, setiap kali pulang ke kampung untuk beraya mereka akan bertemu dan berjanji untuk bertemu lagi setiap kali raya menjelma. Namun, esok tidak seindah yg dijangka. Seorang sahabat telah dijemput pulang, seorang lagi perlu meneruskan kehidupan. Maka raya akan dtg menemukan insan bernama sahabat bersama batu nisan. Tiada lagi janji utk pulang pada tarikh yg sama, dia tetap di sana menanti sahabatnya mengirimkan doa dan suatu masa nanti dia di sana menanti sahabatnya pulang jua.

Untuk sahabat yg telah tiada, marilah kita kirimkan Al-Fatihah pada mereka2 yg telah kembali lebih awal dari kita. Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

Jadi, sesiapa yg masih bernyawa sehingga ke hari ini (termasuk aku), tundukkanlah diri ketika berjln di bumi ini kerana sesungguhnya kita terlalu kerdil untuk bermegah dgn nikmat dunia yg sementara ini. Sesungguhnya di sana adalah yg kekal abadi.

Thursday, October 1, 2009

Tajdid Pendidikan Perlu Sejak Awal Usia

Pendidikan adalah satu elemen yang cukup penting dalam pembinaan sesuatu tamadun manusia. Bermula sejak dari lahir sampai menemui ajal, manusia sememangnya sentiasa digalakkan untuk mendapatkan sumber pendidkan samada secara formal mahupun secara tidak formal. Rasulullah s.a.w. tidak pernah mengabaikan perihal pendidikan melalui beberapa hadis baginda, antaranya, yang bermaksud, “Tuntutlah ilmu daripada buaian sehingga ke liang lahad”. Namun, kita perlu menyedari bahawa dengan ilmu sahaja tanpa ada penghayatan dan penerapan nilai-nilai dan akhlak murni terhadap ilmu itu, ianya ibarat tanah kontang yang tidak subur. Analisis fakta daripada perspektif sejarah telah cukup membuktikan bahawa kehancuran tamadun manusia contohnya Mesir, Greek, Rom dan Parsi adalah berpunca daripada gagalnya penerapan nilai-nilai murni kepada generasi pewaris dan kontangnya penghayatan untuk diaplikasikan dalam kehidupan.



Pendidikan yang sempurna perlu bermula seawal umur kanak-kanak lagi. Hakikat yang perlu kita ketahui daripada fakta yang dikemukakan oleh pakar perkembangan dan psikologi kanak-kanak, diusia umur 6 tahun pertama inilah peringkat yang paling optimum dan paling laju perkembangan mereka berbanding dengan peringkat-peringat atau tahap umur yang lebih dewasa dalam kehidupan seorang insan. Pakar perkembangan dan psikologi kanak-kanak berpendapat bahawa lebih separuh daripada perkembangan intelektual kanak-kanak berlaku dari usia 0 hingga empat tahun manakala satu pertiga yang lain lengkap sempurna perkembangannya apabila mencapai umur 8 tahun. Terbaru, hasil kajian yang dilakukan oleh pakar neurologi mendapati bahawa 85% perkembangan otak manusia berlaku dalam tempoh enam tahun pertama usia seorang kanak-kanak dan peringkat perkembangan yang paling pesat ialah diperingkat umur yang terawal dalam tempoh enam tahun tersebut. Justeru, boleh dikatakan di sini bawa ketinggian kualiti pendedahan dan pendidikan awal seorang kanak-kanak merupakan asas kepada keseluruhan perkembangannya yang akan datang.



Pernyataan daripada hasil-hasil kajian ilmiah samada di timur, di barat malah seanterio dunia membuktikan bahawa pendidikan awal kanak-kanak adalah asas kepada pembinaan dan pengukuhan sesuatu bangsa. Kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat misalnya menunjukkan bahawa setiap nilaian dolar yang dilaburkan untuk pendidikan awal yang berkualiti tinggi dapat memberikan pulangan yang tinggi samada dari segi perkembangan ekonomi mahupun perkembangan sosial kehidupan masyarakat di negara tersebut.



Manakala di Jepun, sebuah negara yang suatu ketika dahulu pernah lumpuh akibat ledakan bom atom, dalam jangkamasa yang tidak sampai setengah abad ia mampu bangun menjadi tunggak ekonomi dunia. Satu kajian yang dilakukan oleh seorang penyelidik Barat mendapati bahawa pembinaan pemikiran masyarakat Jepun bukanlah disebabkan oleh laungan suara kebangkitan atau paluan gendang lagu kebangsaan yang membakar semangat,. Tidak juga tumpuan kepada pencapaian akademik mengorientasikan pemikiran rakyat. Akan tetapi ianya berpunca daripada keprihatinan dan kepekaan pemimpin dan rakyat negara itu terhadap pembentukan generasi awal. Masyarakat Jepun telah menyediakan generasi mereka dengan daya ketahanan menghadapi cabaran daripada aspek fizikal dan mental, dan mereka juga bertungkus lumus menumpukan perhatian membina daya keintelektualan dan menggarap potensi semulajadi setiap individu kanak-kanak sejak dari peringkat awal perkembangan.



Persoalan yang ingin ditimbulkan disini ialah adakah sistem pendidikan yang diguna pakai di negara kita bersesuaian dengan kehendak semasa? Adakah anak kecil yang berusia seawal 4 tahun sudah didedahkan dengan silibus untuk menanamkan akhlak seorang muslim yang beriman dalam diri mereka? Ada bukti yang menunjukkan, masih timbul persoalan dan keraguan di sudut hati para penyelidik yang membuat kajian, pemerhatian, peka dan prihatin kepada perkembangan kanak-kanak Islam hari ini. Sebahagiannya masih mencetuskan, kenapa tahap pemikiran kanak-kanak Islam secara umumnya tidak maju? Kenapa keterampilan, pemikiran, kewibaan, serta daya intelek kanak-kanak Islam sentiasa sinonim dengan istilah ketinggalan di belakang jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang berbangsa lain? Malah jauh bezanya jika disama ratakan dengan kanak-kanak barat yang tidak pernah diperkenalkan apa itu Islam kepada mereka. Mengapa pula kalau ada anak-anak yang disemai dengan benih-benih keimanan masih terjebak dengan gejala sosial yang memualkan bila menjejaki umur remaja? Mungkinkan terdapat sesuatu yang tidak kena dengan kurikulum pendidikan Islam atau hanya aplikasinya yang perlu dipertimbangkan semula? Adakah mungkin kerana ini yang dikatakan kita memerlukan satu tajdid pendidikan?

Justeru, menjadi sesuatu yang amat wajar untuk kita meneliti kembali kurikulum pendidikan anak-anak di peringkat awal usia ini jika generasi yang mahu kita lahirkan adalah generasi yang berdaya saing, berketerampilan, mempunyai daya intelektual yang tinggi, dan yang amat penting ialah seorang insan yang ampuh dan utuh imannya. Kita boleh berbangga dengan kegemilangan khilafah Islam lampau yang mampu menundukkan dunia kepada sistem ajaran Islam. Kita juga boleh berbicara tentang kenangan silam apabila Islam pernah menaungi dua pertiga dunia. Namun, kita hanya mampu bernostalgia dengan segala memori itu jika sistem pendidikan hanya menjadi ‘penyeri anak tangga’ untuk menunjukkan kita telah tunaikan tanggungjawab. Sedangkan amanah yang kita pikul lebih besar daripada itu. Sudah lama kita berdosa kepada anak-anak kecil apabila keperluan mereka tidak dipenuhi dengan pendidikan yang sempurna. Akhirnya melahirkan generasi yang buta agama, kasar budi pekerti, keras hati dan hilang jati diri.

MOHD HILMI BIN YA’KUB,

EXCO MAJLIS PERSATUAN PELAJAR,

UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA

hilmi_src@yahoo.com

Monday, August 31, 2009

Who's Dr. Burhanuddin Al-Helmy??

Thank You to my PA for preparing this good article. Purposely, this article was done to fulfil demand from SRC board in conjunction with National Day.. let read it. Malay Edition not finished yet.


A Brief Background of
Dr. Burhanuddin al-Helmy

· Real name: Burhanuddin bin Haji Muhammad Nor

· Place of birth: Changkat Tualang,Perak

· Date of birth: 29th August 1911

· Father: Haji Muhammad Noor

· Mother: Sharifah Zahrah bt Habib Osman

· ‘al-Helmy’ means a person who is gentle, tranquil and never angry

Education Background

· Malay School Education

· Sekolah Agama Sungai Jambu, Sumatra

· Sekolah Pondok Pulau Pisang,Jitra,Kedah

· Madrasah al- Mashor al-Islamiah, Pulau Pinang (1927)

· Ismaeliah Medical College, New Delhi(Degree in homeopathy)

· Aligarh Muslim University (Ph.D)

The Role of Islamic Values in His Political Activism

· Joined Kesatuan Melayu Muda(KMM) 1939

· Appointed as the ‘Advisor on Malay Custom and Culture’ during the Japanese Occupation in Tanah Melayu.He managed to organized two Islamic congress and prepared whatever it may seem necessary for independence of Tanah Melayu. He was also able to protect and assist Ma’ahad al-Ehya as-Sharif, Gunung Semanggol Perak from any harm made by the Japanese soldiers.

· Joined Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM).Even though there are some true facts about the role of communist and socialism in PKMM, but Dr. Burhanuddin was able to neutralize these elements and have strong in his idealism and action.

· Became Parti Islam Se-Malaya (PAS) members on 14th December 1956.Became the President of PAS on 25th December 1956. Under the leadership of Dr.Burhanuddin, the popularity of the party became famous and being accepted by the Malays as well.

Conclusion

His major theme is always been Islam. In his message to the masses, he gave many examples from Quran, hadith and even some historical settings which are relevant to the subject. He never gave up easily even though he was capture, tortured, harsh criticisms and accusation, but he never gave up hope easily and perceived it as a challenge from Allah S.W.T.

He showed a good living example between Islam and politics. In every political organization he joined and even any movement, his manifestation of Islam is always noticeable. Some would say that KMM is based on true nationalism ideology and PKMM as communist and socialist party but when we looked deep through, we would say that it is not true. His role in these various organizations had a huge impact on Tanah Melayu political atmosphere be it in pre-Independence or post-Independence.


Thoughts and Writings of Dr. Burhanuddin al- Helmy

When discussing about Dr. Burhanuddin al-Helmy, the theme of Islam is very apparent in his daily life. He wrote many books about politics, Tasawwuf and medicine. Compared to his counterparts in politics during his period, it is obvious that Dr. Burhanuddin wrote many books, wrote his own speeches and spread his own thoughts to the masses. Among the famous books that he wrote is Sejarah Perjuangan Kita, Falsafah Kebangsaan Melayu, Ugama dan Politik dan Ideologi Politik Islam.

'

In his book (Sejarah Perjuangan Kita; published in 1946) in chapter VI, he quoted many verses from the Quran. This means that his worldview is based on Islam and he is trying as best as he could to spread the message of Islam. He emphasized a lot about faith, body, nation and territory. All of these elements are interrelated and vital to the Malays. We must get independents first in order to established Islam system of life. If we do not get independent, we do not control our country, it is useless to promote the message of Islam. He also added that politics should be compatible to Islam, and not Islam should be compatible to politics.

'

In his another book entitled Falsafah Kebangsaan Melayu, he gave emphasize on the topic of “Kebangsaan Dalam Islam”. He wrote:

'

“Islam memandang kebangsaan itu sebagai suatu alat bukan tujuan. Kebangsaan hendaklah mengambil tempat yang sederhana dan bulat sebagai suatu lambang yang boleh menarik dan menyatukan suatu bahagian tenaga untuk mencapai cita-cita mulia yang besar dan abadi, sebagimana Islam memandang dunia bukan tujuan tetapi hanya satu alat atau tunggangan yang menyampaikan ke akhirat”. (Burhanuddin 1954)

'

It is clear that Dr. Burhanuddin viewed nationalism as not an end but as a medium to the hereafter. And even he stated that nationalism he perceived is very wide and not rigid compared to others understanding of nationalism. But in the end, Rustam A. Sani argued that nationalism movement in Tanah Melayu as a movement of ‘failed nationalism’ because it is not based on Malay itself.

'

Tatkala Niat Ingin Menerobos Kezaliman


Allahumma inna naja'luka fi nuhuri a'dai na
wa na'uzibika min syuruu rihim
Allahumma baddid syamlahum
wa farriq jama'hum


Dari Jalanan ke Kem Tahanan

Firman Allah:
Katakanlah, "Dialah Allah, Yang Maha Esa. Allah tempat meminta segala sesuatu. (Allah) tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tidak ada sesuatu yang setara dengan Dia.
(Al-Ikhlas 1-4)

Perasaan tak sedap hati bersama group adik-adik Gombak rupa-rupanya membawa 1001 hikmah. Ingin sekali kaki melangkah meninggalkan mereka mencari jejak kaki rakan-rakan yang datang dari Kuantan. Tapi Allah telah menetapkan segalanya. Perasaan berat hati meninggalkan group ini rupa-rupanya caturan yang tak pernah di jangka.

Aku (Hilmi) bersama Baihaqi (adik usrah aku di uiapj), Fitry, Hisyam dan Abdullah pantas dari stesen LRT Masjid Jamek dengan penuh keriangan menuju ke Sogo. Ingin menunaikan hasrat hati dan juga tanggungjawab sebagai pencinta keadilan. Teramat rugi kiranya gagal menjamah titisan water canon, merasai pedihnya mata terkena gas pemedih mata, bertarung bersama dengan para pejuang dan pencinta keadilan.

Pagi itu, selepas sahaja memilih kelengkapan ber’demo’ kat Masjid India, kira-kira jam 11.15 pagi, kami seronok mengenakan pelbagai gaya untuk demontrasi. Ada yang baru sahaja membeli topi, cermin mata hitam dan mengenakan mask sebagai langkah keselamatan daripada terjangkit virus H1N1. Perjalanan diteruskan untuk ke Sogo. Lebih kurang 1000m dari tapak Masjid India, aku bersama 4 orang lagi sahabat kumpulan diserbu lebih 10 orang makhluk bersut lengkap blue black.

'Penjenayah' sebenar sedang menunggu mangsa

Takdir Allah, bayang-bayang mereka tidak pernah kelihatan pun di depan. Sedar-sedar, kami sudah terserempak dengan mereka. Apa-apa pun semuanya sudah dirancang Allah. Setelah kad pengenalan diminta tanpa di soal siasat dan tiada sebarang waran tangkap dipamerkan, pelawaan makhluk-makhluk ini untuk memberi laporan di pejabat yang kemungkinan ber’udara dingin’ kami ikut dengan patuh sekali. Kami di’usher’ dengan hormatmya bersama deretan cameraman yang sudah bersedia untuk snapping sesiapa sahaja yang masuk ke ‘pejabat’ itu. Bingung, celaru, ‘bangga’, takut, malu, umpama roda dalam setiap sel darah merah 5 orang ini. Pejabat yang aku maksudkan, trak polis yang berbentuk seperti gua. Dalam pejabat bergerak ini, hanya Allah yang tahu. Keadaan trak yang diselubungi canopy hijau tua itu sungguh menakutkan dan memeritkan. Gelap dan panas.

Di dalam trak ini, kami dikurung hampir 5 jam..

Kami diberi peluang untuk ‘bermandi wap’ sepuas-puasnya dalam pejabat itu. Bermula jam 11.30 pagi sehingga 2.30 petang, setelah pelbagai proses metabolisme badan, dehydration, osmosis etc berlaku ke atas setiap individu dalam pejabat itu, barulah kami dibawa sekali lagi dengan penuh hormatnya diiringi polis traffik ke ‘kem tahanan’ FRU Cheras. Pada awalnya, kami menyangka akan dibawa ke IPD Cheras sebab ada salah seorang peguam yang buat panggilan kepada salah seorang ‘pelawat’ pejabat itu mengatakan demikian.

Pelbagai pengalaman menarik dapat dikutip sepanjang dalam trak. Kami sempat ber’usrah’ peringkat taarif bersama dengan 20 orang penghuni trak ini. Bertaaruf dengan orang yang berpengalaman dalam PAS cukup seronok. Ada yang jawatannya Ketua Unit Amal, SU Pas Kawasan dan yang paling menarik, bersama-sama kami dalam trak itu ialah Ust Yusrin Zakri Adnan (Peg. Khas YAB MB Kedah) Ada juga dikalangan kami, ini kali ke-3 ditahan polis. Dengan pengalaman yang diceritakan, barulah lega sikit rasa sebab kemungkinan kami tidak akan dikenakan tindakan yang teruk sangat. Hanya ditahan paling lama pun 24 jam.

Untuk menjauhi perasaan takut dan gemuruh, aku menasihatkan semua supaya penuhkan masa dengan berzikir dan berdoa. Doa orang yang dizalimi tidak ada hijab dengan Allah.

Kira-kira jam 2.45 petang, kami tiba di ‘Kem Tahanan’ FRU Cheras. Debaran masih lagi rancak mengetuk dedinding jantung. Perasaan gemuruh masih merah di benak hati. Apa yang akan berlaku di sini? Siapa lagi yang senasib dengan kami? Boleh makan ke tidak lepas ni? Solat zohor macamana? Apatah lagi, hand set para tahanan tak henti-henti berdering, mengkhabarkan apa yang berlaku di tempat-tempat demontrasi. Ikutkan hati, kami nak merempuh jaringan besi yang menghalang kami untuk keluar. Tahan teksi dan ingin ke sana. Perasaan membuak-buak untuk bersama rakan-rakan berdemo kian hangat terasa. Aku nak ke sana!!! Kalau aku seorang yang hilang pertimbangan, aku rela menjerit sekuat yang mampu untuk dilepaskan.

Resah, gelisah, panas, lapar, letih bersilih ganti dalam diri setiap daripada kami. Namun, sekali lagi kami dianugerahkan dengan penganiayaan. Ihsan daripada pihak polis sekali lagi gagal kami terjah. Diperap lagi dalam trak sehingga lebih sejam walaupun dah sampai di kem tahanan.

Terasa seolah-olah baru dikejutkan dari tidur bila penutup trak diangkat untuk kami melihat dunia. Perasaan tertanya-tanya di mana kami akhirnya terjawab, kami di Kuarters FRU Cheras yang menjadi lokasi tahanan lebih 300 orang pencinta keadilan. Kami dibenarkan turun beratur dua baris. Terus diarahkan untuk membuat laporan polis. Dalam perjalanan untuk ke kaunter, semangat aku semakin bertambah. Rupa-rupanya di hadapan trak aku, sudah ada dua trak yang penghuninya masih lagi belum dilepaskan. Siapa mereka? Mereka ialah para isteri tahanan ISA yang awal-awal lagi ditangkap. Mereka termasuk Puan Norlaila Othman bersama anaknya Suhaib, Nashita Mohd Noor; AJK DMPP, Athirah Aiman dan dua orang wanita yang lain. Selepas penangkapan pada hari itu, mereka telah ditahan reman di balai Polis Bukit Jalil.

Semasa solat zohor, bergema doa-doa orang-orang yang dizalimi di surau kuarters FRU pada petang itu. Qunut Nazilah tidak pernah dilupakan oleh para imam solat. Subhanallah..gembira bersama pejuang Islam ni. Selepas solat, sekali lagi doa bergema. Dengan lantang untuk tunjukkan syiar Islam, imam yang memimpin solat kami membacakan doa yang teramat-amat menusuk kalbu. Dengan bahasa Arab, aku dapat tangkap maksudnya. Saat itu, aku perdagangkan air mata untuk memohon pertolongan daripada Allah. Selepas solat, baru ternampak kelibat Abg. Sufian. Semakin seronok..

”Bertambah lagi la pahlawan UIA”, gurau salah seorang antara kami.

Kekuatan para aktivis Islam tidak berhenti di jalan raya. Di dalam tahanan pun mereka tetap berdemo. Gema takbir, bebaskan tahanan, tetap menjadi santapan telinga para tahanan.

Tidak lama selepas itu, ada beberapa lagi gerombolan tahanan di bawa ke sini. Kebimbangan seolah-olah hilang serta merta apabila mendapat tahu aktivis rakyat YB Sivarasa pun baru sampai, kena tangkap jugak. Kelibat Ust Ansori pengasas pondok di Sabak Bernam pun ada. Akhirnya, pertemuan para tahanan ini bertukar menjadi pertemuan ‘hari raya’. Jumpa kawan-kawan lama. Polis pun buat-buat tak tahu je apa yang kami buat.

Acara kemuncak yang ingin aku kongsikan bersama pembaca. Dalam tahanan ini ada satu keluarga tahanan ISA ditangkap. Habis anak menantu ada bersama. Dalam keadaan berehat-rehat, tiba-tiba datang dua tiga orang polis menyuruh mereka masuk dalam trak. Tidak tahu nak di bawa ke mana. Tiba-tiba salah seorang anggota polis lelaki (India) terpegang tubuh salah seorang anak tahanan ISA ini. Saat itu, riuh rendah dengan suara bantahan barcampur baur dengan suara polis yang cuba pertahankan benang yang basah. Datang Pn Norlaila menyekat mereka untuk diangkut ke dalam trak. Mungkin dengan pengalamannya, beliau sudah tahu ke mana mereka ini akan di bawa. Akhirnya, dengan Pn Norlaila sekali di humban ke dalam trak. Riuh rendah semakin bergema. Ada seorang ibu (tak pasti yang mana) yang dihumban ke dalam trak itu memanggil anak beliau..

”Aiman! Aiman! Kalau kamu nak saya ikut kamu, bawa anak saya sekali!”, suara wanita itu memecah suasana.

“Kami nak lepaskan kamu la ni..bagi la kerjasama!!”. suara polis ini tidak pernah dihiraukan. Perasaan hormat terhadap polis sudah hilang dalam diri semua tahanan.

Hampir kira-kira 6 jam di sana, akhirnya kami di bawa balik oleh bas Polis Di Raja Malaysia ke LRT Chan Sow Lin jam 7.30 malam. Gembira bercampur baur dengan keletihan yang teramat sangat. Harapan untuk ke Konsert Antara Dunia di Stadium Melawati Shah Alam, tak kesampaian apabila sampai di UIA Gombak mencecah jam 10 malam.

Ramai juga polis yang baik-baik malah teramat baik. Mereka menyokong demo ni. Ada yang datang bawa makanan dan minuman kat kami.

Ada lagi event2 yang aku tak dapat garapkan semua dalam catatan ini. Cukup sekadar cerita di atas untuk pengajaran. Mewakili semua ‘pahlawan’, Baihaqi, Fitry, Hisyam, Abdullah dan Abg Sufian, kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada para sahabat yang memberi semangat sepanjang kami berada dalam tahanan..you are the choosen one, ana dengki dgn nta, kuatkan semangat!, doa dan zikir dalam trak itu, Allah bersama kalina, sehingga kini masih segar di ingatan. Kalau tak terpaksa untuk delete semua msg berkaitan tangkapan untuk tujuan keselamatan, aku ingin simpan msg2 ini sehingga mati. Fakhru, Izzatie, Faridzul, Idayu, Rubiah, Aida, Noni dan nama-nama lain yang aku lupa, nama-nama yang msgnya tak keluar nama..malah msg pun tak keluar jugak..syukran kathiran atas sokongan semangat yang kalian berikan..

Kalau aku dipenjara, biar lah aku dapat gunakan sebaiknya untuk mendekatkan diri kepada-Mu. Kalau aku dilepaskan, jadikan aku pejuang agama-Mu. Tidak hairan kenapa ramai para du'at menganggap kehidupan di penjara sebagai satu kerehatan yang panjang daripada kesibukan duniawi untuk ditumpukan sepenuhnya ke arah ibadah-ibadah yang khusus. Semoga semua kita diberikan ketetapan hati untuk istiqamah dalam perjuangan ini. Ianya tidak mudah dan tidak ekslusif. Sekadar ini sahaja perkongsian.. Ya Allah, selamatkanlah sahabat-sahabat kami dalam perjuangan ini.

Firman Allah:
Barang siapa diberi petunjuk oleh Allah,
maka dialah yang mendapat petunjuk, dan barang siapa disesatkan Allah, maka merekalah orang-orang yang rugi. Dan sungguh, akan Kami isi neraka Jahannam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengarkan (ayat-ayat Allah). Mereka seperti haiwan ternakan, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lengah.
(Al-A'raf 7:178-179)

Sunday, July 26, 2009

Kedekut Sangat..

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya. "Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?" Lalu gadis malanginipun menceritakan hal yang berlaku padanya :- "Ya, Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi. "Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku." Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak. "Kemudian ku lihat di tangan kirinya ada seketul keju dan di tangan kanannya ada sehelai tuala kecil. Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanyaibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya? Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja. Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi. Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung azab di neraka. Tidakkah ayah inginmembantu ibu sedangkan di dunia ku lihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama. Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika di dunia. Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur. Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir di pipi. Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat Islam. Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh. Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah... .Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu. Mudah- mudahan segala dosanya terampun. INSYALLAH"

Saturday, July 25, 2009

Derita di Balik Kem Kamunting

Enam tahun! Bapanya masih meringkuk di Kemta tanpa sebarang bukti kukuh yang boleh disabitkan ke atasnya. Kekecewaan anak berusia 14 tahun, Suhaib Mat Sah jelas tergambar apabila dia pernah bertanya kepada uminya..."apa lagi yang PM nak?".
Kehidupan seorang anak `yatim' bernama Suhaib tidak seperti anak-anak lain yang sebaya dengannya. Orang lain mampu bergelak ketawa, riang bersama ibu bapa mereka, tetapi Suhaib yang selama ini begitu petah berbicara bertukar menjadi pendiam. Dia termenung sebelum melepaskan satu keluhan kecil. Kebahagiannya hilang sejak 6 tahun lalu setelah `ajal' ayahnya dijemput pak turut-pak turut kerajaan zalim.
Namun, dalam rontaan hatinya yang membenci tindakan ISA itu, dia tetap seorang anak yang kuat dan tabah. Walaupun sesekali dirinya tewas dengan ketabahan yang dipupuk uminya sejak abahnya diheret pergi. Dia tetap seorang anak yang cekal, biarpun di hatinya hanya Allah yang mengetahui bebanan perasaan yang ditanggungnya.
Norhatta Paraji, salah seorang isteri mangsa tahanan ISA mempunyai keperitan tersendiri yang terpaksa ditanggung bersama tujuh anaknya. Kehidupannya bersama anak-anak yang keemuanya tidak mengenal huruf abc dan 123 sudah cukup untuk menggambarkan keperitan hidup mereka. Lebih menyayat hati, setelah 3 tahun suaminya di dalam tahanan, Norhatta tidak pernah terlintas untuk datang menziarah suaminya di kem Kemunting. Bukan hati tidak mahu. Bukan naluri tidak mendesak. Bukan perasaan tidak rindu, malah kalau berkemampuan, Gunung Everest sanggup diredah. Tetapi kesempitan hidupnya yang menetap di Sabah, memerlukan ratusan malah ribuan ringgit untuk sampai di Kem Kemunting.
Kak Z, seorang isteri tahanan ISA yang paling lama ditahan di Kem Kamunting.Suami beliau telah ditahan sejak Disember 2001 tanpa pernah dibicarakan. Ketika suaminya ditahan pada 2001 dulu, Kak Z hanyalah seorang suri rumah sepenuh masa.Dari tahun itu hingga kini, beliau terpaksa membesarkan anak-anak seramai sepuluh orang!!! Kini, empat dari anak-anaknya sedang menuntut di universiti tempatan dan lima orang lagi masih belajar di sekolah rendah dan menengah.... Pagi itu, Kak Z kelihatan kurang bermaya. Dengan bulatan hitam disekeliling mata, beliau juga kelihatan batuk berpanjangan sambil mengurut-ngurut dada....Pendapatan utama sebagai baby sitter tiga orang anak jiran, terpaksa membuat kueh mueh dan mengambil tempahan makanan demi memastikan keperluan anak-anak yang masih bersekolah seramai 9 orang dapat dipenuhi. Suaminya yang berkelulusan Ph.D dulunya seorang pensyarah IPT, seolah-olah memberikan satu kejutan budaya kepada Kak Z yang pada masa itu merupakan seorang suri rumah sepenuh masa.
Itu keperluan harian untuk menyambung hidup. Bagaimana pula dengan perhatian dan kasih sayang yang sepatutnya diperolehi oleh beliau dan anak-anak dari suami tercinta? Bagaimana dengan perasaan anak-anak yang membesar tanpa kasih sayang seorang bapa? Bagaimana dan bagaimana. Terlalu banyak persoalan yang mengganggu mindaku.
Kisah yang disampaikan oleh Ust. Suhaimi Saad, KP Pas Pahang di program JPM di Darussalam semalam benar-benar meruntun jiwa. Isteri mana yang relakan suaminya pergi setelah diberi masa lebih kurang 2 jam sahaja berjumpa untuk memberi penghormatan terakhir kepada anak perempuannya yang meninggal dunia. Kesedihan akibat kematian anak perempuannya itupun belum terubat, suami kesayangannya terus di bawa polis untuk dikembalikan ke kem tahanan. Aku dapat rasakan dengan paparan gambar yang ditayang, sungguh teramat berat hati seorang isteri untuk melepaskan suaminya pergi..buat ketika itu. "abi, umi tak boleh hidup tanpa abi!!!", seolah-olah ayat inilah terkeluar dari mulut isteri itu. Saat itu, dapat ku rasakan titisan air mata dan esakan tangis muslimat teramat murah di Darussalam.
Dosa UMNO tidak terhenti disitu. Pertemuan anak dengan seorang ayah di dalam tahanan ISA tidak kurang juga kesedihannya. Teringin sangat ayah ingin mencium pipi dan membelai janggut dan misai si anak. Namun apakan daya, cermin dan gerigi besi begitu zalim membataskan kemesraan mereka. Teramat jauh jarak yang dipisahkan oleh kepingan cermin ini walaupun si ayah boleh melihat anaknya dengan jarak yang dekat, tetapi walaupun dengan jeritan, suara masing-masing tak dapat didengari. Dengan talian inter-com itulah menjadi penghubung mereka untuk melepaskan rindu. Teringin benar si ayah untuk mengusap janggut si anak yang sudah mengjangkau umur 13 tahun. Apa yang si anak mohon pada ayah? "ayah, ayah usap janggut ayah, dengan penuh lembut. Anggaplah itu janggut saya". Talian yang menghubungkan kedua insan ini begitu memahami perasaan dan kesedihan si anak dan si ayah. Dia tidak zalim..
Ini antara beberapa sorotan Derita di Balik Kem Kamunting yang berjaya saya dedahkan. Namun, banyak lagi kisah menyayat hati yang mungkin tidak mampu dipikul jika kita berada di tempat mereka. Apa lagi yang kita tunggu untuk membalas kezaliman UMNO? Tidak cukup lagi beberapa siri kezaliman yang sedang dirancang untuk menderitakan rakyat? Nak tunggu bila lagi? Betul, 1 hb ini peluang keemasan para ahli kita untuk menunjukkan kemarahan terhadap UMNO. GERAKAN sudah berikan persetujuan untuk hadir ke Perhimpunan ini. Pertubuhan Peguam Malaysia sudah beri jaminan yang mereka akan membela setiap tindakan mahkamah yang dikenakan kepada peserta perhimpunan. Mahkamah dunia sedang mengadakan pemerhatian untuk mengutuk ISA ini. Sudah tiba masanya, ahli kita di Kuantan pula untuk bertindak dengan menghitamkan suasana dengan warna tema.
Mohd Hilmi Ya'kub
Majlis Perwakilan Pelajar UIA

Friday, May 22, 2009

Alfatihah...

Disedekahkan kepada Allahyarham Pak Su Weil yang telah meninggal dunia pada kira-kira 5.50 pagi tadi. Satu kehilangan yang amat besar buat kerajaan Negeri Kelantan dan juga seluruh rakyat Negeri Kelantan.

Pak Su Weil merupakan ADUN Manek Urai dan merupakan antara pemimpin yang amat disegani oleh rakyat Negeri Kelantan terutama mereka di Manek Urai. Sifatnya yang tegas, mesra, pandai menggambil hati dan berjiwa rakyat dibuktikan apabila allahyarham berjaya mengekalkan kerusi Manek Urai selama 5 kali berturut-turut semenjak pilihanraya 1986 iaitu tahun sewaktu saya menjenguk dunia ini. Jika ingin mengisahkan tentang rona hidup perjuangan Pak Su Weil terlalu banyak dan jasa yang telah ditinggalkan cukup besar jika dikenang.


Thursday, May 21, 2009

Belajar dari Slumdog Millionaire





Keinginan yang membuak-buak untuk melihat sendiri aksi dua budak lelaki ‘cute’ dan seorang budak perempuan dalam filem ‘Slumdog Millionaire’ akhirnya berkesampaian apabila saya mendapatkan sendiri CD filem ini di pasaran. Pelakon kanak-kanak perempuan ini cukup kontroversi apabila ada khabar angin yang mengatakan bahawa ayah kandungnya ingin menjual anak perempuannya ini kepada seorang jutawan disebabkan marah kepada pengarah filem, Danny Boyle kerana bayaran upah lakonan tidak seperti yang dijanjikan. Tambahan pula, dengan kesempitan hidup keluarga ini sehingga memaksa ayahnya menjual anak sendiri. Sejauh mana kebenaran cerita ini, wallahua’lam.. Duit yang saya laburkan untuk mendapatkan sekeping CD filem ‘Slumdog Millionaire’ bagi saya tidak membazir kerana banyak plot keemasan yang dapat ditimba daripada filem yang mendapat 8 Oscar Awards ini. Jalan ceritanya bersahaja tanpa mengenakan kesan-kesan khas yang extreme bagi saya cukup menusuk kalbu. Walaupun watak perwatakan dan juga latar masa dan tempat telah ditentukan untuk menjadi jalan cerita, tetapi banyak pengajaran yang kita boleh geledah daripada fiksyen ini.

Antaranya, pengalaman masa lampau mampu menjadikan kita seorang jutawan. Istilah slumdog telah menggambarkan suasana kehidupan setinggan. Ditambah dengan berada dalam golongan minoriti penganut agama Islam di salah sebuah penempatan India yang selalu ditindas oleh golongan sang penguasa, boleh menyedarkan banyak mata-mata yang masih celik akalnya. Watak Jamal dan Malik, dua orang adik beradik yatim piatu yang kematian ibu setelah di bunuh oleh tentera penguasa, yang ingin menghapuskan minoriti Muslim India, telah membuka mata para penonton betapa kesempitan hidup masih bersarang di beberapa ceruk dunia.

Dua saudara ini hidup dalam keadaan yang serba kekurangan, terpaksa meredah longgokan sampah untuk mencari sesuap rezeki, dan pada satu tahap cuba diculik dan ingin dijadikan pengemis jalanan. Jamal, seorang budak yang cukup meminati lakonan Amitabh Bachan telah berpeluang untuk memasuki sebuah program reality ‘Who Wants to be A Millionaire’ yang pada niat asalnya ingin berjumpa dengan teman perempuan sepermainannya ketika kecil dahulu akhirnya berjaya menjadi seorang jutawan. Segala soalan yang dilontarkan kepadanya adalah berkisar kepada pengalaman pahit jerih sepanjang hidupnya. Jamal tidak pernah bersekolah tinggi dan tidak pula pegang sarjana. Tetapi pengalaman hidupnya telah memberikannya kejayaan yang tidak pernah terlintas di fikiran.

“The best way to predict the future is to invest into it!”

Inilah antara pepatah Inggeris yang bersesuaian untuk jalan cerita dalam filem ini. Filem ‘Slumdog Millionaire’ ini cukup bermakna kepada para mahasiswa untuk menimba sebanyak mungkin pengalaman sepanjang berada di alam kampus. Semasa berada di universiti, mahasiswa harus memanfaatkan peluang untuk menimba sebanyak mungkin pengalaman dan mencabar kemampuan diri untuk kepentingan hari ini dan masa depan.

Waktu di universiti merupakan periodisasi emas untuk memperkayakan diri dengan pelbagai jenis pengalaman sedalam yang mungkin. Universiti adalah gelanggang untuk mahasiswa berpentas. Jatuh bangun kita ber’pencak silat’ di sini memberikan imunisasi yang berguna untuk masa depan. Waktu di universiti inilah saat untuk mahasiswa di ‘grooming’, di dandan, di bentuk, di latih dan di canai untuk memperkukuhkan idealisme dan aktivisme kemahasiswaan, ke arah melahirkan warganegara yang mampu menyumbang ke arah pembinaan negara yang lebih baik pada masa hadapan.

Bukankah mahasiswa itu pewaris teraju kepimpinan negara dan dunia? Slumdog Millionaire telah berjaya mengukir sejarah tersendiri di dunia. Ayuh kita buka lembaran baru sejarah mahasiswa pula!

Photobucket

Search In The Quran

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code/td>
Powered by www.SearchTruth.com