Di sebuah tempat yang tidak tersusun, kedaifan menyelubungi kehidupan ahli-ahlinya. Seorang ibu menyendukkan satu senduk bubur ke dalam mangkuk anaknya. Setelah tiga hari, baru hari ini mereka berkesempatan untuk menjamah bubur. Ternyata ibu sangat gembira.
“Along, kita kena bersyukur dengan rezeki yang ada. Dan kena sentiasa berkongsi apa yang kita ada”
‘Macam mana nak kongsi sedangkan yang kita ada pun tak cukup?’
Ibu mengusap kepala anaknya yang masih kecil dengan lembut,penuh kasih sayang, sambil berkata :
“Along, jiwa seorang muslim sentiasa penuh denagn kasih sayang “
———
Seorang anak dibawa berjalan-jalan oleh ayahnya menaiki sebuah kereta. Anaknya duduk bersebelahan ayahnya. Ayahnya tekun memandu.
“abah, kenapa kadang-kadang bangcik duduk diam pun, ada orang kacau? ” si anak kecil bertanyakan pada ayahnya.
Si ayah diam membisu, masih meneruskan tumpuan pada pemanduan, sambil-sambil mengerling pada wajah anaknya. Ayahnya menarik nafas dalam,
“bangcik, sudah sampai masanya kamu perlu tahu, yang kamu akan belajar sepanjang proses tumbesaran kamu, yang sesetangah orang disekeliling kamu akan cuba buat sesuatu yang buruk ke atas kamu, semata-mata mahu tengok kamu tertekan. Dan kamu masa tu, perlu jadi macam bintang yang walaupun ianya sangat jauh dari kita, tapi dia sentiasa cuba menyinar di malam hari . Sinaran dia banyak memberi manfaat bagi yang berada di perjalanan. orang belayar di laut, berjalanan di gurunan. Semuanya mendapat manfaat. Dan jiwa seorang muslim akan melakukan sesuatu yang betul sahaja.”
——–
Suatu malam, seorang lelaki menziarahi sahabatnya, sahabatnya sakit. Sudah beberapa dia diberitakan tentang keuzuran sahabatnya itu. Matanya sayu melihat sahabatnya terlantar sakit. Tidak berapa kuat untuk bangun.
“akhi, macam mana hari ni?..ada rasa elok sikit?” Muhammad memulakan perbualan.
‘ tak tahu la, macam hari hari sudah, tiada petanda.’ Ahmad menjawab dengan suara terketar-ketar.
“anta makan ubat dah?”
‘ermm…ana tak makan ubat. tak suka makan ubat. Ala, anta tak yah suruh ana makan ubat, kalau selalu pun, mak ana suruh ana makan ubat, ana tak makan jugak. Sampai ayah ana sendiri paksa makan baru ana makan.’
Muhammad memandang sahabatnya dengan mata yang sayu. Ada sedikit rasa terkilan.
“akhi, ana dulu kan, mungkin ana tak pernah cerita lagi kat anta. Dulu kecil-kecil ana pernah masuk hospital. Masa tu ana tengok semua orang keliling ana semua rasa sedih. Lepas dari tu, ada perasaan benci untuk ana pergi klinik, hospital, jumpa doktor dan makan ubat. Ana tak nak nampak lemah. orang yang makan ubat adalah orang yang lemah.
Makin meningkat besar sikit, ana makin sedar, yang orang sekeliling kita semuanya orang yang sayang kita. Kalau ada sesuatu yang buat kita gembira, mereka akan tumpang gembira. Dan bila sesuatu yang sedih atau yang buruk menimpa kita, mereka akan bersusah hati.
Dan mula dari situ, bila ana sakit, ana akan cuba makan ubat. Bukan kerana ana percaya ubat tu sembuhkan kita. Tapi hanya kerana mahu membuatkan orang sekeliling tak rasa bimbang sangat. Sekurang-kurangnya bila ditanya, dah makan ubat ke belum, bila kita jawab dah, maka mereka secara automatiknya, dalam hati akan cakap, owh, lepas ni elok la tu.
Itu sudah cukup menggembirakan dan melegakan mereka, sekurang-kurangnya, mereka tidak terlalu bimbang. Bukankah kita diajar oleh agama ” berilah berita gembira dan jangan menyusahkan ” . Hanya dengan kita makan ubat tu, kita membuatkan hati ibu dan ayah tenang,orang sekeliling rasa tidak perlu terlalu bimbang, maka di situ sudah punya keberkatan.
Akhi, jiwa seorang muslim tidak pernah rasa gembira bila melihat orang lain sedih. Cukuplah kita menggembirakan orang lain, insyaallah apa yang kita beri itulah yang kita akan dapat. Itu janji Allah
——————
“waaaa….”
Seorang kanak-kanak menangis kerana ditumbuk kawannya disebabkan menceritakan perkara sebenar satu pergaduhan yang berlaku. Ketika di rumah, di mengadukan hal tersebut pada ibunya.
Seorang ibu, jiwanya penuh dengan kasih sayang. Jiwanya penuh dengan ketulusan. Dipegang bahu anaknya, diusap kepala anaknya,
“adik, apa sahaja yang berlaku, kita sebagai muslim kena pastikan setiap kata-kata kita benar, kerana kejujuran, ketulusan itu adalah yang terbaik kerana hidup ini hanyalah ujian. Walaupun orang sakitkan adik sampai adik nak menangis pun, jiwa seorang muslim tidak pernah berbohong” lembut kata-kata ibu itu sangat berbekas di hati anak kecil itu. Diangguk kepalanya, dan dikesat air matanya dari terus mengalir.
————-
Itulah antara sifat jiwa seorang muslim, hati seorang muslim yang menurut acuan islam. Yang menjadikan kita adil dan saksama dan menjadikan kita ringan tulang dan suka membantu sesama manusia. Maka hidup sebagai muslim menjadikan peka pada sesuatu perkara dan kita memainkan peranan pada yang berlaku. Jiwa seorang muslim sentiasa kuat.
Hati seorang muslim sentiasa penuh dengan kasih sayang dan cinta. Jiwa seorang muslim sentiasa cintakan kebenaran. Sudah sampai masanya kita memulakan perjalanan sebagaimana perjalanan yang dilalui oleh orang-orang terdahulu.
No comments:
Post a Comment