Monday, October 27, 2008

Hidup Terlalu Singkat Untuk Membenci

Ah, terlalu sukar untuk memberi maaf. Bahkan lebih sukar darip ada meminta maaf. Masih terasa tusukan rasa bagaikan sebuah dendam yang memba ra. Masih terngiang-ngiang segala kata. Ma sih terbayang semua tingkah dan perlakuan. Wajah 'orang-orang bersalah' itu terasa begitu menjengkelkan. Memberi maaf kepada mereka seolah-olah menggadaikan harga diri. Ah, apakah maruah ini terlalu m urah untuk di sorong tarik dengan harga yang rendah? Dan cukup sakit, apabila mengenangkan 'musuh-musuh' itu tersenyum dengan kemen angan.

Namun, itu hanya bisik 'hati besarku'. Yang melantunkan suara ego dan marah. Kesat dan kesumat. Tetapi jauh dari dalam diri...ada suara lain yang bergetar. 'Hati kecil' yang tidak jemu-jemu mengingatkan. Suara tulus yang mendamaikan gelombang jiwa. Bisik telus yang meredakan amukan rasa.Maafkan, lupakan...cintai, sayangi...Berperang dengan mereka bererti berperang dengan diri sendiri. Begitu bisik hati kecil itu selalu.

Pada sebuah persimpangan rasa, tiba-tiba hati disapa oleh sebuah firman:
"Tolaklah kejahatan dengan sebuah kebaikan.Nescaya engkau
akan mendapati musuhmu akan menjadi seolah-olah saudara"

Wahai diri,api jangan dilawan dengan api. Nanti bakarannya akan membakar diri sendiri. Menyimpan dendam sama seperti membina sebuah gunung berapi di dalam hati. Semakin besar dendam itu, maka semakin sakit hati yang menanggungnya. Musuh-musuh mu terus ketawa, sedangkan kau sendiri menderita meneguk bisa.

Musim-musim terus berlalu sewajarnya mendewasakan aku. Pengalaman lampau sentiasa membuktikan bahawa permusuhan hanya akan memberi kepuasan sementara. Apabila 'fatamorgana' itu berlalu. Aku akan menjadi lebih dahaga daripada sebelumnya. Apakah akan ku terjah perangkap itu berkali-kali? Oh,tidak. Mukmin tidak akan terperosok dalam lubang yang sama dua kali. Begitu maksud sebuah sabda. Justeru? Cukup sekali!

Biarlah musuh itu ketawa sepuas-puasnya. Beban rasa ini biarlah aku letakkan. Tidak akan ku bawa dalam safar kehidupan yang pendek ini. Hidup terlalu singkat untuk membenci. Bermusuh dengan orang lain, sama seperti bermusuh dengan diri sendiri. Memaafkan orang lain,sama seperti memaafkan diri sendiri. Kata bijak pandai:
"Apa yang kita berikan akan kita terima kembali"

Ah, betapa leganya sekarang...Benarlah bahawa kebaikan itu tampak sukar untuk dilaksanakan. Pahit. Sakit. Tetapi apabila dilaksanakan akan terasa kemanisannya. Manakala kejahatan itu tampak mudah, indah dan manis. Namun apabila dilakukan, pasti ada kekesalan, kepahitan dan keresahan. Ketika ini terasa benar apa yang selalu didengar di dalam tazkirah - yang punya tabsyir dan inzar - bahawa dosa itu sesuatu yang meresahkan. Dendam itu dosa. Memaafkan itu pahala. Memaafkan menjemput datangnya 'syurga' yang fana, sebelum syurga yang baqa'.

Kini hatiku tertanya-tanya lagi...siapa aku, yang begitu sukar memaafkan? Tuan? Tuhan. Aku hanya hamba. Sedangkan DIA Sang Pencipta itu Maha Pemaaf, Maha Pengampun, siapa aku yang kerdil ini untuk terus berdendam? Ya ALLAH, ampunkan aku. Sengaja atau tanpa sengaja, sering atau kekadang...aku 'terlanjur' menumpang hak-MU..


Oleh: Pahrol Mohamad Juoi
(Dipetik daripadaMajalah Anis Disember 2007)

Friday, October 10, 2008

3 Golongan Manusia Dalam Organisasi

Sebuah jemaah /organisasi dengan kata lain sememangnya terdiri dari pelbagai lapisan manusia.Dari berusia hinggalah ke peringkat yang paling muda.Namun disebalik kepelbagaian ahli dalam sesebuah jemaah/organisasi ,terdapat 3 jenis golongan besar yang menghuninya.Yang mana terdapat golongan yang boleh merencatkan jemaah dan ada pula yang dapat menggerakkan jemaah itu sendiri.


GOLONGAN 1:


Golongan ini sememangnya cukup sedikit(harap-harap begitu la).Mereka adalah yang menggunakan pangkatnya untuk tujuan lain termasuklah kepentingan peribadi.Jawatan yang disandang hanya untuk merek jadikan alat atau platform untuk `naik` selepas ini.Orang jenis ini mungkin sukakan jawatan dan berbangga-bangga dengannya.Jika terdapat orang seumpama ini dalam jemaah anda.Jika hanya menjadi ahli sahaja maka die akan berusaha untuk mendapatkan jawatan..BEWARE!Ia boleh meruntuhkan organisasi anda...


GOLONGAN 2:


Golongan ini pula adalah mereka yang di peringkat pertengahan.Golongan ini paling ramai dalam sesebuah institusi.Jika golongan ini juga yang dilahirkan oleh jemaah maka untuk jangka masa `hidup` nya sesebuah organisasi itu mungkin panjang sedikit dari yang pertama.Mereka adalah jenis yang `pak turut` tanpa berfikir panjang.Atas pelbagai alasan.Jenis yang ini hanyalah follower dan tidak mustahil jika golongan ini menjadi terlalu ramai maka jemaah akan menjdi lesu dan ketandusan kepimpinan.




GOLONGAN 3:


Golongan ke 3 adalah yang terbaik.Golongan ini mempunyai profesionalisme yang cukup tinggi.Ia menjadi idaman semua jemaah.Jika golongan ini dilahirkan,jemaah akan memberi impak yang cukup besar terhadap masyarakat.Islam akan kembali memerintah jika kita dapat hasilkan gollongan jenis ini.Jenis ini adalah orang yang berdisiplin dan mementingkan prang lain lebih dari diri sendiri.


Golongan ini cukup sedikit dalam sesebuah peratuan/jemaah /organisasi.Golongan ini adalah golongan yang mempunyai sikap profesionalisme yang tinggi.Sharp on time,merasa tanggung jawab atas setiap amanah yang diberikan serta bersikap profesional dalam membuat keputusan.Mereka dari jenis ini kita dapat lihat keikhlasan dalam gerak kerjanya.Jika golongan ini menjadi pemimpin maka jemaah pasti akan mendapat impak yang besar dan ahli akan mendapat tonik baru.


Sebagai contoh kecil:Jika terdapat event yang dianjurkan persatuan,orang jenis ini akan sampai lebih awal @ on time ke tempat program.Baginya masa sangat penting dan keinginan yang tinggi untuk menjaga hati sahabat yang menganjurkan program.


NAMUN....kebanyakan yang dihasilkan oleh jemaah islam adalah mereka yang mengikut sahaja..sesebuah organisasi perlu mempunyai matlamat jelas dan mungkin boleh berusaha untuk melahirkan golongan jenis ini.Namun ia bermula dari KITA.Bagaimana sikap kita terhadap program kita?sikap kita dalam meeting?sikap kita ketika bergul?..profesionalkah kita?Persoalan ini saya tujukan buat diri yang lemah ini dan sahabat sekalian dan ianya bukan sekadar ingin berkongsi namun ia lebih kepada apa tindakan kita sebagai salah seorang ahli dalam jemaah/organisasi.Saya juga bukanlah orang hebat yang memandai-mandai untuk mengeluarkan teori2 baru.Namun hal ini perlu diteliti jika kita ingin lihat suatu hari nanti ISLAM kembali memerintah alam.


Buangkan GOLONGAN 1 dAN GOLONGAN 2 jauh-jauh.Lahirkan ahli dari golongan ke 3.iA BERMULA dari pimpinan dahulu dan DIRI SENDIRI.BERUBAH LAH DARI SEKARANG..bukan sekadar harapan sahaja..HOPE ...AND ..CHANGE...

Wednesday, October 8, 2008

Di sebuah tempat yang tidak tersusun, kedaifan menyelubungi kehidupan ahli-ahlinya. Seorang ibu menyendukkan satu senduk bubur ke dalam mangkuk anaknya. Setelah tiga hari, baru hari ini mereka berkesempatan untuk menjamah bubur. Ternyata ibu sangat gembira.

“Along, kita kena bersyukur dengan rezeki yang ada. Dan kena sentiasa berkongsi apa yang kita ada”

‘Macam mana nak kongsi sedangkan yang kita ada pun tak cukup?’

Ibu mengusap kepala anaknya yang masih kecil dengan lembut,penuh kasih sayang, sambil berkata :

“Along, jiwa seorang muslim sentiasa penuh denagn kasih sayang “

———

Seorang anak dibawa berjalan-jalan oleh ayahnya menaiki sebuah kereta. Anaknya duduk bersebelahan ayahnya. Ayahnya tekun memandu.

“abah, kenapa kadang-kadang bangcik duduk diam pun, ada orang kacau? ” si anak kecil bertanyakan pada ayahnya.

Si ayah diam membisu, masih meneruskan tumpuan pada pemanduan, sambil-sambil mengerling pada wajah anaknya. Ayahnya menarik nafas dalam,

“bangcik, sudah sampai masanya kamu perlu tahu, yang kamu akan belajar sepanjang proses tumbesaran kamu, yang sesetangah orang disekeliling kamu akan cuba buat sesuatu yang buruk ke atas kamu, semata-mata mahu tengok kamu tertekan. Dan kamu masa tu, perlu jadi macam bintang yang walaupun ianya sangat jauh dari kita, tapi dia sentiasa cuba menyinar di malam hari . Sinaran dia banyak memberi manfaat bagi yang berada di perjalanan. orang belayar di laut, berjalanan di gurunan. Semuanya mendapat manfaat. Dan jiwa seorang muslim akan melakukan sesuatu yang betul sahaja.”

——–

Suatu malam, seorang lelaki menziarahi sahabatnya, sahabatnya sakit. Sudah beberapa dia diberitakan tentang keuzuran sahabatnya itu. Matanya sayu melihat sahabatnya terlantar sakit. Tidak berapa kuat untuk bangun.

“akhi, macam mana hari ni?..ada rasa elok sikit?” Muhammad memulakan perbualan.

‘ tak tahu la, macam hari hari sudah, tiada petanda.’ Ahmad menjawab dengan suara terketar-ketar.

“anta makan ubat dah?”

‘ermm…ana tak makan ubat. tak suka makan ubat. Ala, anta tak yah suruh ana makan ubat, kalau selalu pun, mak ana suruh ana makan ubat, ana tak makan jugak. Sampai ayah ana sendiri paksa makan baru ana makan.’

Muhammad memandang sahabatnya dengan mata yang sayu. Ada sedikit rasa terkilan.

“akhi, ana dulu kan, mungkin ana tak pernah cerita lagi kat anta. Dulu kecil-kecil ana pernah masuk hospital. Masa tu ana tengok semua orang keliling ana semua rasa sedih. Lepas dari tu, ada perasaan benci untuk ana pergi klinik, hospital, jumpa doktor dan makan ubat. Ana tak nak nampak lemah. orang yang makan ubat adalah orang yang lemah.

Makin meningkat besar sikit, ana makin sedar, yang orang sekeliling kita semuanya orang yang sayang kita. Kalau ada sesuatu yang buat kita gembira, mereka akan tumpang gembira. Dan bila sesuatu yang sedih atau yang buruk menimpa kita, mereka akan bersusah hati.

Dan mula dari situ, bila ana sakit, ana akan cuba makan ubat. Bukan kerana ana percaya ubat tu sembuhkan kita. Tapi hanya kerana mahu membuatkan orang sekeliling tak rasa bimbang sangat. Sekurang-kurangnya bila ditanya, dah makan ubat ke belum, bila kita jawab dah, maka mereka secara automatiknya, dalam hati akan cakap, owh, lepas ni elok la tu.

Itu sudah cukup menggembirakan dan melegakan mereka, sekurang-kurangnya, mereka tidak terlalu bimbang. Bukankah kita diajar oleh agama ” berilah berita gembira dan jangan menyusahkan ” . Hanya dengan kita makan ubat tu, kita membuatkan hati ibu dan ayah tenang,orang sekeliling rasa tidak perlu terlalu bimbang, maka di situ sudah punya keberkatan.

Akhi, jiwa seorang muslim tidak pernah rasa gembira bila melihat orang lain sedih. Cukuplah kita menggembirakan orang lain, insyaallah apa yang kita beri itulah yang kita akan dapat. Itu janji Allah

——————

“waaaa….”

Seorang kanak-kanak menangis kerana ditumbuk kawannya disebabkan menceritakan perkara sebenar satu pergaduhan yang berlaku. Ketika di rumah, di mengadukan hal tersebut pada ibunya.

Seorang ibu, jiwanya penuh dengan kasih sayang. Jiwanya penuh dengan ketulusan. Dipegang bahu anaknya, diusap kepala anaknya,

“adik, apa sahaja yang berlaku, kita sebagai muslim kena pastikan setiap kata-kata kita benar, kerana kejujuran, ketulusan itu adalah yang terbaik kerana hidup ini hanyalah ujian. Walaupun orang sakitkan adik sampai adik nak menangis pun, jiwa seorang muslim tidak pernah berbohong” lembut kata-kata ibu itu sangat berbekas di hati anak kecil itu. Diangguk kepalanya, dan dikesat air matanya dari terus mengalir.

————-

Itulah antara sifat jiwa seorang muslim, hati seorang muslim yang menurut acuan islam. Yang menjadikan kita adil dan saksama dan menjadikan kita ringan tulang dan suka membantu sesama manusia. Maka hidup sebagai muslim menjadikan peka pada sesuatu perkara dan kita memainkan peranan pada yang berlaku. Jiwa seorang muslim sentiasa kuat.

Hati seorang muslim sentiasa penuh dengan kasih sayang dan cinta. Jiwa seorang muslim sentiasa cintakan kebenaran. Sudah sampai masanya kita memulakan perjalanan sebagaimana perjalanan yang dilalui oleh orang-orang terdahulu.

Search In The Quran

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code/td>
Powered by www.SearchTruth.com