Sunday, July 26, 2009

Kedekut Sangat..

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya. "Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?" Lalu gadis malanginipun menceritakan hal yang berlaku padanya :- "Ya, Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi. "Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku." Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak. "Kemudian ku lihat di tangan kirinya ada seketul keju dan di tangan kanannya ada sehelai tuala kecil. Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanyaibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya? Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja. Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi. Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung azab di neraka. Tidakkah ayah inginmembantu ibu sedangkan di dunia ku lihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama. Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika di dunia. Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur. Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir di pipi. Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat Islam. Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh. Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah... .Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu. Mudah- mudahan segala dosanya terampun. INSYALLAH"

Saturday, July 25, 2009

Derita di Balik Kem Kamunting

Enam tahun! Bapanya masih meringkuk di Kemta tanpa sebarang bukti kukuh yang boleh disabitkan ke atasnya. Kekecewaan anak berusia 14 tahun, Suhaib Mat Sah jelas tergambar apabila dia pernah bertanya kepada uminya..."apa lagi yang PM nak?".
Kehidupan seorang anak `yatim' bernama Suhaib tidak seperti anak-anak lain yang sebaya dengannya. Orang lain mampu bergelak ketawa, riang bersama ibu bapa mereka, tetapi Suhaib yang selama ini begitu petah berbicara bertukar menjadi pendiam. Dia termenung sebelum melepaskan satu keluhan kecil. Kebahagiannya hilang sejak 6 tahun lalu setelah `ajal' ayahnya dijemput pak turut-pak turut kerajaan zalim.
Namun, dalam rontaan hatinya yang membenci tindakan ISA itu, dia tetap seorang anak yang kuat dan tabah. Walaupun sesekali dirinya tewas dengan ketabahan yang dipupuk uminya sejak abahnya diheret pergi. Dia tetap seorang anak yang cekal, biarpun di hatinya hanya Allah yang mengetahui bebanan perasaan yang ditanggungnya.
Norhatta Paraji, salah seorang isteri mangsa tahanan ISA mempunyai keperitan tersendiri yang terpaksa ditanggung bersama tujuh anaknya. Kehidupannya bersama anak-anak yang keemuanya tidak mengenal huruf abc dan 123 sudah cukup untuk menggambarkan keperitan hidup mereka. Lebih menyayat hati, setelah 3 tahun suaminya di dalam tahanan, Norhatta tidak pernah terlintas untuk datang menziarah suaminya di kem Kemunting. Bukan hati tidak mahu. Bukan naluri tidak mendesak. Bukan perasaan tidak rindu, malah kalau berkemampuan, Gunung Everest sanggup diredah. Tetapi kesempitan hidupnya yang menetap di Sabah, memerlukan ratusan malah ribuan ringgit untuk sampai di Kem Kemunting.
Kak Z, seorang isteri tahanan ISA yang paling lama ditahan di Kem Kamunting.Suami beliau telah ditahan sejak Disember 2001 tanpa pernah dibicarakan. Ketika suaminya ditahan pada 2001 dulu, Kak Z hanyalah seorang suri rumah sepenuh masa.Dari tahun itu hingga kini, beliau terpaksa membesarkan anak-anak seramai sepuluh orang!!! Kini, empat dari anak-anaknya sedang menuntut di universiti tempatan dan lima orang lagi masih belajar di sekolah rendah dan menengah.... Pagi itu, Kak Z kelihatan kurang bermaya. Dengan bulatan hitam disekeliling mata, beliau juga kelihatan batuk berpanjangan sambil mengurut-ngurut dada....Pendapatan utama sebagai baby sitter tiga orang anak jiran, terpaksa membuat kueh mueh dan mengambil tempahan makanan demi memastikan keperluan anak-anak yang masih bersekolah seramai 9 orang dapat dipenuhi. Suaminya yang berkelulusan Ph.D dulunya seorang pensyarah IPT, seolah-olah memberikan satu kejutan budaya kepada Kak Z yang pada masa itu merupakan seorang suri rumah sepenuh masa.
Itu keperluan harian untuk menyambung hidup. Bagaimana pula dengan perhatian dan kasih sayang yang sepatutnya diperolehi oleh beliau dan anak-anak dari suami tercinta? Bagaimana dengan perasaan anak-anak yang membesar tanpa kasih sayang seorang bapa? Bagaimana dan bagaimana. Terlalu banyak persoalan yang mengganggu mindaku.
Kisah yang disampaikan oleh Ust. Suhaimi Saad, KP Pas Pahang di program JPM di Darussalam semalam benar-benar meruntun jiwa. Isteri mana yang relakan suaminya pergi setelah diberi masa lebih kurang 2 jam sahaja berjumpa untuk memberi penghormatan terakhir kepada anak perempuannya yang meninggal dunia. Kesedihan akibat kematian anak perempuannya itupun belum terubat, suami kesayangannya terus di bawa polis untuk dikembalikan ke kem tahanan. Aku dapat rasakan dengan paparan gambar yang ditayang, sungguh teramat berat hati seorang isteri untuk melepaskan suaminya pergi..buat ketika itu. "abi, umi tak boleh hidup tanpa abi!!!", seolah-olah ayat inilah terkeluar dari mulut isteri itu. Saat itu, dapat ku rasakan titisan air mata dan esakan tangis muslimat teramat murah di Darussalam.
Dosa UMNO tidak terhenti disitu. Pertemuan anak dengan seorang ayah di dalam tahanan ISA tidak kurang juga kesedihannya. Teringin sangat ayah ingin mencium pipi dan membelai janggut dan misai si anak. Namun apakan daya, cermin dan gerigi besi begitu zalim membataskan kemesraan mereka. Teramat jauh jarak yang dipisahkan oleh kepingan cermin ini walaupun si ayah boleh melihat anaknya dengan jarak yang dekat, tetapi walaupun dengan jeritan, suara masing-masing tak dapat didengari. Dengan talian inter-com itulah menjadi penghubung mereka untuk melepaskan rindu. Teringin benar si ayah untuk mengusap janggut si anak yang sudah mengjangkau umur 13 tahun. Apa yang si anak mohon pada ayah? "ayah, ayah usap janggut ayah, dengan penuh lembut. Anggaplah itu janggut saya". Talian yang menghubungkan kedua insan ini begitu memahami perasaan dan kesedihan si anak dan si ayah. Dia tidak zalim..
Ini antara beberapa sorotan Derita di Balik Kem Kamunting yang berjaya saya dedahkan. Namun, banyak lagi kisah menyayat hati yang mungkin tidak mampu dipikul jika kita berada di tempat mereka. Apa lagi yang kita tunggu untuk membalas kezaliman UMNO? Tidak cukup lagi beberapa siri kezaliman yang sedang dirancang untuk menderitakan rakyat? Nak tunggu bila lagi? Betul, 1 hb ini peluang keemasan para ahli kita untuk menunjukkan kemarahan terhadap UMNO. GERAKAN sudah berikan persetujuan untuk hadir ke Perhimpunan ini. Pertubuhan Peguam Malaysia sudah beri jaminan yang mereka akan membela setiap tindakan mahkamah yang dikenakan kepada peserta perhimpunan. Mahkamah dunia sedang mengadakan pemerhatian untuk mengutuk ISA ini. Sudah tiba masanya, ahli kita di Kuantan pula untuk bertindak dengan menghitamkan suasana dengan warna tema.
Mohd Hilmi Ya'kub
Majlis Perwakilan Pelajar UIA
Photobucket

Search In The Quran

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code/td>
Powered by www.SearchTruth.com