Friday, March 11, 2011
Saturday, July 17, 2010
Pesanan buat rakan mahasiswa ku
Kebanjiran unsur-unsur hiburan yang melampau atau dikenali dengan istilah hedonisme di kalangan muda mudi hari ini cukup membimbangkan. Setiap saat ada sahaja artis-artis baru muncul dan tampil mengejar dunia populariti. Amat menyedihkan, unsur ini dipupuk dan dibentuk sejak usia kanak-kanak yang berselindung disebalik untuk melahirkan anak-anak yang ‘outstanding’ dan berpenampilan. Apa yang menakutkan kita, mereka ini kebanyakannya menjadi idola para remaja dan muda mudi kita yang semakin ketandusan identiti. Idola-idola yang dipuja umpama bintang kayangan ini ramainya mempunyai ilmu agama yang cetek. Bila mereka bercakap mengenai perihal agama, mereka umpama pelajar tadika yang tidak pernah belajar hukum hakam agama. Mereka menganggap dunia ini milik mereka tanpa mengira hak empunya sebenar dunia.
Apa yang menjadi kerisauan kita, para pemuja hiburan ini adalah dari kalangan muda mudi yang kebanyakannya golongan mahasiswa yang masih menuntut di universiti. Kalau kenyataan ini diragui, tengok sahaja aktiviti-aktiviti hiburan yang diadakan di negara kita, kebanyakannya dibanjiri oleh golongan pelajar universiti. Masakan tidak, sampaikan Gempur U yang dibuat secara berkala di dalam kampus seluruh Malaysia amat mendapat sambutan. Sampai hari ini program ini masih diteruskan. Jika diperhatikan, apa sahaja acara yang melibatkan pelajar universiti seperti Rancangan Bicara Siawa yang disiarkan secara mingguan di TV1 tidak terkecuali untuk menyelitkan unsur-unsur hiburan setiap kali bersiaran.
Dunia perfileman juga tidak pernah menanggung kerugian. Bila sahaja tayangan di pawagam bermula, berpusu-pusu hantu filem membanjiri pawagam. Bagi yang tidak berkemampuan, muat turun daripada internet menjadi pilihan. Seperti biasa, tiket-tiket yang dibeli oleh golongan muda mudi adalah penyumbang utama kepada keuntungan ini. Tidak terkecuali, mahasiswa pun turut terpalit menyumbang ‘saham’ untuk keuntungan poket pengusaha filem.
Ya, saya akui sebagai remaja kita perlu mendedahkan diri dengan dunia sebenar dan berfikiran out of the box, perlu mengikuti perkembangan dunia seni tanah air. Untuk berfikiran di luar lingkungan, saya tidak menafikan bahawa menonton filem, mengikuti perkembangan hiburan tanah air, memuja artis-artis boleh mendorong seseorang untuk berfikiran terbuka. Tetapi saya amat khuatir, dengan kelekaan para muda mudi yang majoritinya adalah golongan mahasiswa ini akan melupakan mereka akan perkembangan dunia sebenar yang betul-betul realiti umpanya situasi politik, kecelaruan pemikiran anak muda, masalah sosial dan sebagainya yang memerlukan khidmat dan percambahan minda daripada para mahasiswa.
Saya amat prihatin dengan mahasiswa kerana saya mempunyai kesedaran bahawa dunia ini amat ketadusan buah fikiran segar daripada golongan-golongan terpelajar. Kalau pun ada, fikiran-fikiran mereka telah diracuni oleh virus-virus hedonisme. Apa sahaja yang mereka lakukan, mesti merujuk kepada nafsu untuk keseronokan. Kalau ada unsur-unsur menyemai jiwa dan menyubur rohani, ianya diletak ke tepi kononnya mereka sudah arif atau ianya tidak sesuai dengan zaman. Kesedaran politik di kalangan mahasiswa umpamanya amat memalukan. Usah ditanya kepada mahasiswa apa yang mereka tahu mengenai kondisi politik negara. Apa yang penting, mereka dapat hidup dengan dunia mereka tersendiri. Saya amat terpanggil untuk mengatakan bahawa hal ehwal politik tidak ekslusif kepada sesiapa. Tidak kira mereka itu Perdana Menteri, penoreh getah, pelajar sekolah menengah mahupun pelajar universiti, isu-isu politik adalah hak semua. Seluruh lapisan masyarakat layak berbicara dan berbincang mengenai perkembangan politik tanah air. Mahasiswa perlu menyedari hakikat ini kerana mereka adalah cerminan dan produk berguna untuk masa depan negara. Mahasiswa cukup dihormati untuk bercakap mengenai negara. Setiap mutiara yang keluar daripada mulut mahasiswa akan didengari oleh pihak tertinggi kerana mahasiswa bisa mengubah lanskap politik negara. Kalau mahasiswa terlalu asyik dengan dunia hiburan, 3K (kuliah, katil, kafe,) dan dunia ‘game’, saya ragu-ragu dan tertanya-tanya apa yang akan berlaku 10 tahun akan datang kalau mahasiswa berjiwa begini memimpin negara.
Sudah cukup dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti yang merupakan angkara mahasiswa negara kita lesu. Sudah padan dengan siri-siri ‘ghazwatul fikri’ atau perang falsafah kebudayaan yang dibawa oleh orientalis meresap masuk ke dalam minda anak muda kita. Sudah jenuh mendengar graduan universiti tidak mampu bersaing. Ayuh rakan-rakan mahasiswa. Kita buang mimpi-mimpi puaka yang mengganggu jiwa. Kita bina minda perkasa yang mampu menjulang dunia. Tinggalkan duniamu yang tidak ada jaminan syurga. Kita mara dengan prinsip hidup yang menggegar dunia. Kita semai diri dengan bancuhan ilmu dan curahan iman di dada. Ingat kata-kata Rasulullah, “Bukan golonganku sesiapa yang tidak prihatin dengan perihal yang berlaku di sekitarnya”. Semat kata-kata Umar Al-Khattab: “Allah muliakan kita dengan Islam. Tanpa Islam kita akan dihina”. Bangkit duhai pemuda.
Oleh:
Mohd Hilmi bin Ya’kub
Dietetics year 4 UIAM
Film 2012, Illuminati dan Dajjal
Sejak tanggal 13 November 2009, Filem 2012 yang menceritakan tentang bencana besar atau gambaran hari kiamat sentiasa menjadi buah mulut ramai penggemar filem. Di samping ramai yang mengkagumi kepakaran produksi filem yang dibuat seolah-olah real namun disebalik filem ini, saya meyakini adanya kuasa besar dunia yang menjadi tulang belakang bagi setiap plot dan jalan cerita yang dipaparkan. Bagi umat Islam, ini adalah satu ancaman yang besar terhadap keimanan penganutnya kerana hari kiamat tidak pernah didedahkan bila peristiwa itu akan terjadi. Malah orang yang paling dekat dengan Allah s.w.t. iaitu Rasulullah s.a.w. tidak mengetahui secara detail mengenai hari pengakhiran ini. Namun, umat Islam dibekalkan dengan tanda-tanda untuk memastikan mereka sentiasa berwaspada bahawa hari kiamat semakin hampir. Filem ini teramat mencabar kesabaran umat Islam apabila ianya jelas menyatakan tahun berlakunya peristiwa yang amat ditakuti seluruh makhluk ciptaan Allah s.w.t. ini. Judul filem 2012 sendiri memberi tafsiran yang cukup transparen terhadap kejelekan ideologi Yahudi yang didokongi oleh illuminati.
Tetapi pastinya produksi filem ini akan menghasilkan keuntungan yang amat mengkagumkan. Melihat trailer filem ini sahaja menjadikan peminat filem tidak sedap duduk selagi tidak menonton filem ini. Setelah mendapat peluang menonton filem ini, ianya membawa fikiran saya berpikir bagaimana seumpama bencana besar itu terjadi. Malah, saya beranggapan bahawa sutradara terkenal Roland Emmerich, tidak main-main dalam membuatnya. Namun, setelah mendalami dan meneliti setiap jalan cerita serta para produksi yang terlibat dalam pembikinan filem ini, sah ianya adalah salah satu agenda besar Yahudi untuk mendoktrin fahaman sesat mereka dan mengaburi minda umat Islam. Dalam tulisan yang terbatas ini, saya ingin berkongsi sedikit sebanyak mengenai sutradara filem ini dan kaitannya dengan organisasi rahsia dunia dan gerakan illuminati.
Siapa Ronald Emmerich? Roland Emmerich adalah seorang sutradara filem yang berasal dari German. Untuk membongkar jalan pemikirannya sudah tentu kita perlu tahu bagaimana background ideologinya. Ternyata benar, dia adalah seorang penganut tegar Yahudi. Filem-filem yang dia hasilkan tidak lari daripada sifat apokaliptik atau mempunyai pengaruh yang kuat daripada ‘kitab-kitab suci’. Dia seorang pakar dalam kesenian dan terlibat secara aktif mengangkat martabat komuniti gay dan lesbian dalam adegan-adegan filem yang diarahkannya. Emmerich sendiri seorang gay. Dia telah mengarahkan hampir 20 buah filem antaranya Independence Day (1996), Godzilla (1998), The Day After Tomorrow (2004), 10,000 BC (2008), 2012 (2009) dan banyak lagi. Daripada judul-judul filem ini, saya dapat menyimpulkan bahawa dia adalah antara anggota Pertubuhan Illuminati yang diutus ke dalam dunia perfilman. Dan dalam trailer film 2012 terdapat beberapa sublimasi lambang Illuminati yang merupakan organisasi binaan Dajjal dan Iblis yang bersifat rahsia dan berusaha untuk mengawal dunia.
Apa itu Illuminati? Kita boleh mendapat jawapan singkat mengenai Illuminati, jika kita pernah melihat note wang kertas US$ 1 atau jika tidak penah melihat note itu, search ganbar di internet wang kertas US$ 1. Di lembar wang tersebut, terdapat gambar piramid yang pada sebelah atasnya terdapat Mata Satu. Itulah Simbol Dajjal. Untuk lebih dekat dengan kita, dalam Juara Lagu yang lepas, hampir setiap penampilan penyayi dan paparan iluminasi stage back drop menerapkan unsur-unsur Illuminati ini. Illuminati saling bekerjasama dengan organisasi tua yang lain seperti Freemason dan Jesuit. Namun, untuk saat ini saya sebut saja mereka sebagai Illuminati. Pekerjaan Illuminati adalah pekerjaan underground dan rahsia dengan melibatkan tehnologi yang jauh lebih canggih daripada teknologi hari ini. Jika dibandingkan, mungkin tehnologi mereka 100 tahun lebih moden daripada kita. Oleh kerana mereka mempunyai The Master iaitu Si Mata Satu, yang mereka anggap sebagai dewa, mereka meletakkan mata satu ini pada hampir setiap hasil kerja mereka. Mereka mempunyai teknologi yang dapat mengubah cuaca, mengubah mood seseorang (dengan mengirim EXTREMELY LOW FREQUENCY (ELF) RADIATION) ke dalam otak manusia, dapat mencipta Tsunami, membuat gempa bumi dan amat menakjubkan, mereka memiliki radar yang dapat memantau seluruh penjuru dunia. Teknologi mereka itu bernama H.A.A.R.P. (High Frequency Active Auroral Research Program) dan saat ini teknologi tersebut masih dalam pemprosesan dan akan sempurna pada tahun 2012. Ada yang berpendapat, ianya adalah satu penerapan daripada ilmu yang sudah diamalkan semasa zaman Firaun, yang dikenali dengan teknologi Piramid. Teknologi Piramid itu adalah perkara yang paling misteri dan ketika ini mereka terus mengembangkannya.
Agenda Illuminati adalah ingin menyatukan dunia menjadi satu pemerintahan iaitu zionis dan membentuk New World Order yang sekular (Novus Ordo Seclorum), agama disingkirkan daripada agenda kehidupan. Makanya dalam trailer 2012 tergambar hancurnya simbol keagamaan, hancurnya vatikan, hancurnya patung Yesus dan lain-lain.
Dalam poster filem 2012 tercatat tulisan : We Were Warned (kami telah diperingatkan). Menurut mereka apa yang mereka visualisasikan dalam bentuk filem tersebut akan terjadi pada suatu saat. Saya merasa itu ancaman daripada mereka kerana mereka mempunyai teknologi H.A.A.R.P. senjata yang mampu membuat bencana dengan gelombang elektromagnetik. Filem 2012 bukan gambaran sebenar kiamat. Kita manusia tidak pernah tahu fenomena kiamat akan terjadi bagaimana. Sebelum terjadi kiamat, umat Islam sudah musnah, tidak ada dimuka bumi lagi! Dan kiamat itu adalah hancurnya seluruh sistem suria dan kehidupan. Ilmu dajjal belum setitik pun menyentuh rahsia tersebut, bahkan Dajjal pun sudah mati sebelum terjadinya kiamat itu (kerana Dajjal nanti akan dibunuh oleh Nabi Isa). Kiamat itu urusan Allah, Tuhan sekalian alam. Tuhan yang satu. Dan tentunya Tuhan yang satu itu hanya memperintahkan kepada umatnya agar mengikuti jalan yang satu.
Monday, October 19, 2009
Hargailah Persahabatn
Kita selalu melihat esok, tetapi selalu lupa tentang hari ni. Adakah esok masih ada seperti hari ini? Ketika kita berdoa adakah kita mendokan insan bernama sahabat? Adakah setelah mereka tiada baru kita sertakan doa untuk mereka?
Suatu ketika dulu, 2 sahabat terpisah kerana salah seorang darinya melanjutkan pelajaran. Tp, setiap kali pulang ke kampung untuk beraya mereka akan bertemu dan berjanji untuk bertemu lagi setiap kali raya menjelma. Namun, esok tidak seindah yg dijangka. Seorang sahabat telah dijemput pulang, seorang lagi perlu meneruskan kehidupan. Maka raya akan dtg menemukan insan bernama sahabat bersama batu nisan. Tiada lagi janji utk pulang pada tarikh yg sama, dia tetap di sana menanti sahabatnya mengirimkan doa dan suatu masa nanti dia di sana menanti sahabatnya pulang jua.
Untuk sahabat yg telah tiada, marilah kita kirimkan Al-Fatihah pada mereka2 yg telah kembali lebih awal dari kita. Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Al-Fatihah.
Thursday, October 1, 2009
Tajdid Pendidikan Perlu Sejak Awal Usia
Pendidikan yang sempurna perlu bermula seawal umur kanak-kanak lagi. Hakikat yang perlu kita ketahui daripada fakta yang dikemukakan oleh pakar perkembangan dan psikologi kanak-kanak, diusia umur 6 tahun pertama inilah peringkat yang paling optimum dan paling laju perkembangan mereka berbanding dengan peringkat-peringat atau tahap umur yang lebih dewasa dalam kehidupan seorang insan. Pakar perkembangan dan psikologi kanak-kanak berpendapat bahawa lebih separuh daripada perkembangan intelektual kanak-kanak berlaku dari usia 0 hingga empat tahun manakala satu pertiga yang lain lengkap sempurna perkembangannya apabila mencapai umur 8 tahun. Terbaru, hasil kajian yang dilakukan oleh pakar neurologi mendapati bahawa 85% perkembangan otak manusia berlaku dalam tempoh enam tahun pertama usia seorang kanak-kanak dan peringkat perkembangan yang paling pesat ialah diperingkat umur yang terawal dalam tempoh enam tahun tersebut. Justeru, boleh dikatakan di sini bawa ketinggian kualiti pendedahan dan pendidikan awal seorang kanak-kanak merupakan asas kepada keseluruhan perkembangannya yang akan datang.
Pernyataan daripada hasil-hasil kajian ilmiah samada di timur, di barat malah seanterio dunia membuktikan bahawa pendidikan awal kanak-kanak adalah asas kepada pembinaan dan pengukuhan sesuatu bangsa. Kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat misalnya menunjukkan bahawa setiap nilaian dolar yang dilaburkan untuk pendidikan awal yang berkualiti tinggi dapat memberikan pulangan yang tinggi samada dari segi perkembangan ekonomi mahupun perkembangan sosial kehidupan masyarakat di negara tersebut.
Manakala di Jepun, sebuah negara yang suatu ketika dahulu pernah lumpuh akibat ledakan bom atom, dalam jangkamasa yang tidak sampai setengah abad ia mampu bangun menjadi tunggak ekonomi dunia. Satu kajian yang dilakukan oleh seorang penyelidik Barat mendapati bahawa pembinaan pemikiran masyarakat Jepun bukanlah disebabkan oleh laungan suara kebangkitan atau paluan gendang lagu kebangsaan yang membakar semangat,. Tidak juga tumpuan kepada pencapaian akademik mengorientasikan pemikiran rakyat. Akan tetapi ianya berpunca daripada keprihatinan dan kepekaan pemimpin dan rakyat negara itu terhadap pembentukan generasi awal. Masyarakat Jepun telah menyediakan generasi mereka dengan daya ketahanan menghadapi cabaran daripada aspek fizikal dan mental, dan mereka juga bertungkus lumus menumpukan perhatian membina daya keintelektualan dan menggarap potensi semulajadi setiap individu kanak-kanak sejak dari peringkat awal perkembangan.
Persoalan yang ingin ditimbulkan disini ialah adakah sistem pendidikan yang diguna pakai di negara kita bersesuaian dengan kehendak semasa? Adakah anak kecil yang berusia seawal 4 tahun sudah didedahkan dengan silibus untuk menanamkan akhlak seorang muslim yang beriman dalam diri mereka? Ada bukti yang menunjukkan, masih timbul persoalan dan keraguan di sudut hati para penyelidik yang membuat kajian, pemerhatian, peka dan prihatin kepada perkembangan kanak-kanak Islam hari ini. Sebahagiannya masih mencetuskan, kenapa tahap pemikiran kanak-kanak Islam secara umumnya tidak maju? Kenapa keterampilan, pemikiran, kewibaan, serta daya intelek kanak-kanak Islam sentiasa sinonim dengan istilah ketinggalan di belakang jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang berbangsa lain? Malah jauh bezanya jika disama ratakan dengan kanak-kanak barat yang tidak pernah diperkenalkan apa itu Islam kepada mereka. Mengapa pula kalau ada anak-anak yang disemai dengan benih-benih keimanan masih terjebak dengan gejala sosial yang memualkan bila menjejaki umur remaja? Mungkinkan terdapat sesuatu yang tidak kena dengan kurikulum pendidikan Islam atau hanya aplikasinya yang perlu dipertimbangkan semula? Adakah mungkin kerana ini yang dikatakan kita memerlukan satu tajdid pendidikan?
Justeru, menjadi sesuatu yang amat wajar untuk kita meneliti kembali kurikulum pendidikan anak-anak di peringkat awal usia ini jika generasi yang mahu kita lahirkan adalah generasi yang berdaya saing, berketerampilan, mempunyai daya intelektual yang tinggi, dan yang amat penting ialah seorang insan yang ampuh dan utuh imannya. Kita boleh berbangga dengan kegemilangan khilafah Islam lampau yang mampu menundukkan dunia kepada sistem ajaran Islam. Kita juga boleh berbicara tentang kenangan silam apabila Islam pernah menaungi dua pertiga dunia. Namun, kita hanya mampu bernostalgia dengan segala memori itu jika sistem pendidikan hanya menjadi ‘penyeri anak tangga’ untuk menunjukkan kita telah tunaikan tanggungjawab. Sedangkan amanah yang kita pikul lebih besar daripada itu. Sudah lama kita berdosa kepada anak-anak kecil apabila keperluan mereka tidak dipenuhi dengan pendidikan yang sempurna. Akhirnya melahirkan generasi yang buta agama, kasar budi pekerti, keras hati dan hilang jati diri.
MOHD HILMI BIN YA’KUB,
EXCO MAJLIS PERSATUAN PELAJAR,
UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA
hilmi_src@yahoo.com
Monday, August 31, 2009
Who's Dr. Burhanuddin Al-Helmy??
Thank You to my PA for preparing this good article. Purposely, this article was done to fulfil demand from SRC board in conjunction with National Day.. let read it. Malay Edition not finished yet.
A Brief Background of
Dr. Burhanuddin al-Helmy
· Real name: Burhanuddin bin Haji Muhammad Nor
· Place of birth: Changkat Tualang,Perak
· Date of birth: 29th August 1911
· Father: Haji Muhammad Noor
· Mother: Sharifah Zahrah bt Habib Osman
· ‘al-Helmy’ means a person who is gentle, tranquil and never angry
Education Background
· Malay School Education
· Sekolah Agama Sungai Jambu, Sumatra
· Sekolah Pondok Pulau Pisang,Jitra,Kedah
· Madrasah al- Mashor al-Islamiah, Pulau Pinang (1927)
· Ismaeliah Medical College, New Delhi(Degree in homeopathy)
· Aligarh Muslim University (Ph.D)
The Role of Islamic Values in His Political Activism
· Joined Kesatuan Melayu Muda(KMM) 1939
· Appointed as the ‘Advisor on Malay Custom and Culture’ during the Japanese Occupation in Tanah Melayu.He managed to organized two Islamic congress and prepared whatever it may seem necessary for independence of Tanah Melayu. He was also able to protect and assist Ma’ahad al-Ehya as-Sharif, Gunung Semanggol Perak from any harm made by the Japanese soldiers.
· Joined Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM).Even though there are some true facts about the role of communist and socialism in PKMM, but Dr. Burhanuddin was able to neutralize these elements and have strong in his idealism and action.
· Became Parti Islam Se-Malaya (PAS) members on 14th December 1956.Became the President of PAS on 25th December 1956. Under the leadership of Dr.Burhanuddin, the popularity of the party became famous and being accepted by the Malays as well.
Conclusion
His major theme is always been Islam. In his message to the masses, he gave many examples from Quran, hadith and even some historical settings which are relevant to the subject. He never gave up easily even though he was capture, tortured, harsh criticisms and accusation, but he never gave up hope easily and perceived it as a challenge from Allah S.W.T.
He showed a good living example between Islam and politics. In every political organization he joined and even any movement, his manifestation of Islam is always noticeable. Some would say that KMM is based on true nationalism ideology and PKMM as communist and socialist party but when we looked deep through, we would say that it is not true. His role in these various organizations had a huge impact on Tanah Melayu political atmosphere be it in pre-Independence or post-Independence.
Thoughts and Writings of Dr. Burhanuddin al- Helmy
When discussing about Dr. Burhanuddin al-Helmy, the theme of Islam is very apparent in his daily life. He wrote many books about politics, Tasawwuf and medicine. Compared to his counterparts in politics during his period, it is obvious that Dr. Burhanuddin wrote many books, wrote his own speeches and spread his own thoughts to the masses. Among the famous books that he wrote is Sejarah Perjuangan Kita, Falsafah Kebangsaan Melayu, Ugama dan Politik dan Ideologi Politik Islam.
'
In his book (Sejarah Perjuangan Kita; published in 1946) in chapter VI, he quoted many verses from the Quran. This means that his worldview is based on Islam and he is trying as best as he could to spread the message of Islam. He emphasized a lot about faith, body, nation and territory. All of these elements are interrelated and vital to the Malays. We must get independents first in order to established Islam system of life. If we do not get independent, we do not control our country, it is useless to promote the message of Islam. He also added that politics should be compatible to Islam, and not Islam should be compatible to politics.
'
In his another book entitled Falsafah Kebangsaan Melayu, he gave emphasize on the topic of “Kebangsaan Dalam Islam”. He wrote:
'
“Islam memandang kebangsaan itu sebagai suatu alat bukan tujuan. Kebangsaan hendaklah mengambil tempat yang sederhana dan bulat sebagai suatu lambang yang boleh menarik dan menyatukan suatu bahagian tenaga untuk mencapai cita-cita mulia yang besar dan abadi, sebagimana Islam memandang dunia bukan tujuan tetapi hanya satu alat atau tunggangan yang menyampaikan ke akhirat”. (Burhanuddin 1954)
'
It is clear that Dr. Burhanuddin viewed nationalism as not an end but as a medium to the hereafter. And even he stated that nationalism he perceived is very wide and not rigid compared to others understanding of nationalism. But in the end, Rustam A. Sani argued that nationalism movement in Tanah Melayu as a movement of ‘failed nationalism’ because it is not based on Malay itself.
'