Thursday, August 28, 2008

Aku Terima Nikahnya


Rabbana hablana min azwajina wa zurriyyatina qurratu a'yunin wa ja'alna lil muttaqiina imama


Aku Dah Terima Nikahnya
"Hilmi, aku rasa kau akan kahwin awal nanti", kawanku syazwan, budak selangor berseloroh time form 5 dulu.

"mu dulu kot we", aku bagi respon.

"aku tengok kat wajah mu, mu akan kahwin awal. paling lama pun umur mu 25 tahun", dia menambah.

"abe mi, bilo nok nikohnyo, seorang anak buah kat sekolah menengah dulu hantar komen dalam friendster.

"mi, bila nak kawin?", tanya kawan aku yang berasal dari N9, juga sama-sama belajar kat uia.

"aku nampak dah orang yang sesuai untuk kau, memang sesuai", dia mencadangkan.

"sape?", tanya ku.

">>>>>>................, sesuai kan?"

Ini antara dialog senda gurau orang yang aku kenal. kadang-kadang naik hairan, kenapa seawal ini aku dipukul dengan soalan-soalan begini. aku ni dah cukup sesuai ke untuk jadi menantu orang?

Memang itu naluri semulajadi untuk mengecap kasih sayang insan bernama isteri, tapi sekarang ni macam tak bersedia apa-apa lagi.

Ataupun memang dah sampai masa, aku buat initiation sikit-sikit, mungkin ianya akan jadi kenyataan dalam 2 tahun lagi???

tak tahu la. perancangan tu dah ada sikit, kalau ditakdirkan hari ini 'akad pun boleh kot. tapi aku bimbang banyak benda.....student u, anak bongsu, tak ada duit, tak de 'calon'...mcm2.

so, adik2 kat maahad yang sedang tunggu abe mi mendirikan baitul muslim, tunggu la dulu yer. kalau nak cepat, sediakan abe mi duit rm10 000, seorang bakal isteri yang solehah, mampu melahirkan para hafiz dan hafizah, mampu mengingatkan suaminya bila terleka...itulah impian teman hidupku.

Monday, August 25, 2008

Congratulation For My Sister

Pada 12 hb ogos lepas, aku berpeluang bersama ahli keluarga yang lain meraikan majlis konvokesyen kak aku yang telah menamatkan pengajian dalam bidang Pengajian Al-Quran di UKM, Bangi. Bila berpeluang masuk ke dewan istiadat, terasa air mataku hampir terburai tatkala pengaturcara majlis menyuruh para graduan untuk berpaling ke kiri dan ke kanan dengan serentak sambil menundukkan kepala. Ini bertujuan semata-mata untuk menghormati ibu-bapa yang hadir pada majlis itu. Sungguh, jasa ibu-bapa memang tak berpada dengan hanya menundukkan kepala seperti itu sahaja. Teramat besar jasa yang mereka telah sehingga kita berjaya bergelar seorang graduan.

Bila melihat para graduan yang berpakaian mortar dan jubah konvo, terasa bertambah semangat ku untuk secara rasminya mengenakan pakaian seperti itu. Aku menolak untuk mencuba jubah itu setelah dipelawa kakakku. Bukan masanya lagi untuk aku menyentuh baju itu. Coming soon in Gombak. insyaAllah. Aku bersemangat gile untuk menghadiahkan kalungan bunga kepada kakakku. Bukan apa, ini satu-satunya program sepanjang hidup dia. Pahni, belum tentu lagi dia dapat menggengam ijazah master..begitu jugak sebab apa aku sanggup ponteng kelas terbang ke KL..sebabnya kalau bukan ahli keluarga yang menyokong dan bergembira bila bergelar seorang graduan, sape lagi.

Adik beradik aku 5 orang semuanya dah memegang ijazah masing-masing. Tinggal aku sorang je lagi. Doakan aku untuk mencapai kejayaan cemerlang(dean list) bila grad nanti.insyaAllah.

Saturday, August 23, 2008

Kuburkan AUKU

Buletin utama jam8 25 Mac yang lalu di TV3 telah mengemuka kan topik : AUKU wajarkah di mansuhkan! setuju atau tidak? untuk dipilih oleh penontonnya. Akhir sesi buletin, seperti biasa di siar kan keputusan undian atau pilihan penonton dan JELAS apa yang muktamad ialah tertera keputusannya: 91% SETUJU AUKU di MANSUH kan !

Kelahiran Akta universiti dan kolej universiti (AUKU) pada tahun 1971 dan diperketatkan lagi dengan pindaan pada tahun 1975 dikatakan berpunca dari kebimbangan pihak berkuasa terhadap kegiatan mahasiswa terkeluar dari garis-garis dan landasan yang dikehendaki oleh pemerintah yakni kerajaan.
Perkembangan-perkembangan yang berlaku sebelum akta tersebut diadakan pada tahun 1971 jelas menunjukkan pemerintah mulai merasa bimbang terhaap tindak-tanduk sesetengah pihak yang ingin menjaikan kampus universiti mengikut cita-cita perjuangan politik mereka. Malah setelah akta dilaksanakan pada ahun 1971 pun, kegiatan mahasiswa masih sperti biasa dan kadangkalanya semkain hebat.

Saya sejak awal lagi telah menegaskan pendirian saya bahawa auku amat wajar di mansuhkan justeru ia bagaikan penjara besi yang memagari mahasiswa selama ini. anta sedar atau tidak...
Auku telah membendung jiwa besar mahasiswa
Auku telah meluntur semangat waja mahasiswa
Auku telah memenjarakan bakat tinggi masiswa
Auku telah memandulkan daya intelektual mahasiswa
Auku menjadi igauan ngeri sejak sekian lama kepada mahasiswa apabila mereka tidak lagi gah setara potensi ilmu yang dimiliki. Kita hanya mampu berlegar di dalam kepungan empat penjuru tembok besar pagar universiti. Angkara auku, suara mahasiswa tidak lagi bergema dalam rintihan rakyat tertindas untuk membela nasib mereka. Malah kami juga turut tertindas dengan pelbagai konspirasi kerajaan dan kuasa universiti. Ilmu, daya fikir, semangat dan keperibadian yang kita bina di puncak menara gading tidak lagi mewakili masyarakat untuk diperjuang hak dan dipertahankan maruah mereka.

Auku menyaksikan lahirnya mahasiswa yang lemah segala saraf kepekaan mereka terhadap isu yang menimpa rakyat dan negara. Bisu dan kelu terhadap kerakusan golongan mustakbirin menindas mustadhafin. Mengangguk dan mengiyakan segala penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan amanah sang penguasa. Tidak hairan apabila negara ketandusan pemimpin bertaraf nasional dan berwibawa pada hari ini untuk diketengah gunakan untuk menerajui kepimpinan negara.

Bagaimana dengan kita dan hari akan datang ?

Friday, August 22, 2008

Turun Harga Minyak 15 sen, Kebetulan Lagi?












The government announces that price of RON97 petrol will go down by 15 sen from RM2.70 to RM2.55 per litre at the pumps beginning midnight, a reduction of 5.6 percent.

Setelah terbaca statement ni dalam malaysiakini yang bertajuk ‘Gov't slashes petrol price by 15 sen’. Mula-mula rasa gembira, diterjah lagi dengan perasaan teruja beberapa orang housemate aku yang sedikit gembira dengan berita ini. Aku turut gembira sebab menghabiskan minyak motor RM5 untuk dua hari dari rumah sewa ke UIA agak membebankan bagi bukan pemegang biasiswa JPA seperti aku. Mungkin esok paling kurang sampai 3 hari jika tidak keluar ke Bandar Kuantan.

Bila fikir panjang, jadi meluat pulak. Tak habis-habis lagi ke boneka ‘kebetulan’ BN yang sah dibuat-buat sempena pilihanraya Permatang Pauh???

Semenjak di istiharkan PRK P44 Permatang Pauh, banyak perkara yang dikatakan secara 'Kebetulan' berlaku. Awalnya dakwaan liwat oleh Saiful Bukhari. Kemudian timbul pula isu sumpah si Sayfool, “Secara kebetulan saja. Kalau nak ikutkan, saya pun tak tahu Anwar akan bertanding. Saya buat laporan pada 28 Jun lalu. Saya pun tak tahu bila dia akan bertanding". Itu kata Sayfool selepas beliau melafazkan sumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan.

Lepas tu pula Akta DNA .“Kalaupun DNA menjadi satu isu dalam kes berkenaan, itu satu kebetulan,” katanya kepada pemberita. Begitu petikan kata-kata Pak Lah ketika mengulas isu Akta DNA di Parlimen.

Katanya, memang dah lama nak bawa ke Dewan Rakyat. Kebetulan saja masanya bertembung dengan isu liwat dan PRK Permatang Pauh.














Dua tiga hari lepas, heboh pasal Ramlang Porigi, dimana secara kebetulan Imam Muda yang memiliki keahlian UMNO dan kebetulan pula menjadi salah seorang pengundi di Parlimen Permatang Pauh menjadi saksi semasa sumpah mubahalah si Saiful.

Lepas tu pula pasal peruntukan RM 1.2 juta untuk sekolah cina kebetulan juga di Permatang Pauh dan paling hot dan terbaru ialah dakwaan terhadap dua Exco negeri Perak di tuduh menerima rasuah yang 'kebetulan' ialah dari PKR.

Huh, banyak betul kebetulan yang berlaku. Lepas ni berapa banyak pula kebetulan yang akan berlaku. Harap-harap lepas ni tak berlaku kemalangan yang 'kebetulan' melibatkan DS Anwar.

Semua petugas dan penyokong PR harus berwaspada dan sentiasa bersedia menghadapi 'kebetulan-kebetulan' yang 'kebetulan' dirancang oleh musuh-musuh untuk menghancurkan PR. 'Kebetulan-kebetulan' ini hanyalah helah BN untuk cuba melemahkan semangat petugas-petugas PR dan mengalih sokongan pengundi kepada mereka dengan harapan mereka akan memenangi PRK ini secara 'KEBETULAN'.

I-Quest HEALS Exhibition: a proudness



Alhamdulillah, praise be upon to Allah s.w.t. for giving me a whole day of leisure time. I use this opportunity thoroughly facing towards my one year old laptops; surfing, blogging, editing friendster etc. During previous weekend, my days were fulfilled with a great activity. Maybe all IIUM Kuantan community aware that, isn’t it? It is so-called I-QUEST between 15-17th August. This program is slightly similar to those happen in IIUM Gombak which well-known as CONVEST, currently operating there, between 23-28th of August. The I-Quest which is objectively to let the people around Pahang aware IIUM existence in Bandar Indera Mahkota. Moreover, there was also to build our campus community so that they can be used to outsiders. They were something like how to entertain them and many mores.


Me myself, was assigned as Program Manager for Exhibition that specifically organized by Allied Health Sciences Student Society (HEALS). This activity was special because it was organized by us who are second year students. In our kulliyyah, there are four departments; Dietetics, Audilogy, Radiography as well as Optometry. All of us were combining together to succeed that program. Even though, budget approved suppressed us a lot, but we can manage to continue such program. The budget was only RM700 out of RM2000 at the beginning…can u imagine that? Anyway, we have to obey of what our deputy dean said. Yea, maybe correct because a lot of money were wasting for changing our convocation attire. Am I right? Until 10% of student programs budget must be cut. Is it justice to us??



Never mind, back to our topic.. During that day, I think our services were very paid attention. Compared to those departments those operating without services are less attractive. Dietetics booth for example, which providing BMI check-up, diet chit-chat, getting more crowds than others. I proud with my booth!! Same goes to audiology and optometry who exhibit something that can raise curiosity of the crowd. I told that audiology provided hearing test isn’t it? Anyway, radiography booth was good as well. Their efforts to come down with a synthetic whole human body (replica) also can be attractive.

I hope all of us especially year two AHS students proud with this effort and can be very effective for us in order to face the coming days as a service officers. Furthermore, we can strengthen our brotherhood since our 2nd years students used to be labeled as selfish and ignorance students. It seemingly like our brotherhood is not strength enough. So we can deny that, right? Ultimately, the two days exhibition was very meaningful to me. I can clean up my name as I fail to organize another program before; baktisiswa (community service). Fuh, I hate to hear this name. This name gives me a lot number of problems. All committee members starting from my assistant until the lowest part of exhibition bearers, thank you for your supports, even in form of moral. You are the best.

Search In The Quran

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code/td>
Powered by www.SearchTruth.com